Mansory hasilkan kit badan gentian karbon untuk Porsche Taycan

oleh Mohamad Hanif|
Kredibiliti Mansory dalam menukarkan barisan kereta-kereta mewah kepada kereta jahat tidak perlu dinafikan lagi, dan kini sentuhan Mansory yang rata-ratanya menggunakan elemen gentian karbon itu diteruskan pada sedan elektrik Porsche Taycan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kit badan gentian karbon yang dihasilkan itu turut merangkumi pemasangan splitter unik, kemasan aksen karbon pada perumah lampu utama, tirai udara serta liang ventilasi bampar hadapan.

 


Selain daripada itu, terdapat juga skirt sisi, perumah cermin sisi serta, kemasan kecil aksesn karbon yang terdapat pada pintu hadapan, diikuti dengan spoiler dan diffuser yang agak agresif pada bahagian belakang.

Melengkapkan imej jahat Mansory pada Taycan ini adalah set rim one-piece bersaiz 22 inci dengan jejari nipis yang bertujuan untuk membantu sistem penyejukan brek.

 


Tiada sebarang perincian didedahkan untuk ruang kabin, namun para pemilik Taycan boleh mendapatkan pelbagai jenis opsyen yang boleh dipilih seperti skid plate gentian karbon, aksen gentian karbon  serta pemilihan warna tertentu untuk upholsteri kulit bespoke.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pendekatan retro klasik itu ditawarkan pula pada sebuah lagi model kei car Daihatsu, iaitu…
Berita Global
Lihat sahaja pada dua projek terawal yang telah siap sebelum ini, iaitu Mars (menggunakan asas…
Berita Global
Bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2024 yang bakal tiba kelak, DAMD memperkenalkan tema baharu yang…