Mara salur peruntukan RM70 juta bantu usahawan automotif

oleh SALINA JALIL|
Majlis Amanah Rakyat (Mara) membiayai peruntukan kira-kira RM70 juta menerusi Mara Integrated Smart Auto (MISA) bagi membantu usahawan dalam bidang automotif memperkembangkan perusahaan mereka sejak mula diperkenalkan pada 2013.


Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sehingga kini, sebanyak 48 usahawan automotif di seluruh negara mendapat manfaat daripada program bantuan tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, ekosistem lengkap Mara dalam membangunkan industri automotif bermula dengan pendidikan, latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang menyediakan program automotif dalam pelbagai peringkat sehinggalah kepada penyediaan fasiliti keusahawanan antaranya merangkumi latihan, bantuan pembiayaan dan khidmat nasihat.

 

“Malah skim pembiayaan juga disediakan khusus untuk para usahawan mengembangkan perniagaan dan menaik taraf bengkel mereka,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pusat servis Perniagaan Mazlan dan Hashimah (PMH) Sdn. Bhd. di Lencongan Barat, semalam.

 

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PMH, Mohd. Izwan Mazlan.

 

 

Mahdzir berkata, beberapa program khas turut dibangunkan bagi memantapkan lagi usahawan dalam bidang berkenaan antaranya Program Pembangunan Usahawan Automotif Mara Petronas (PIMP), program khas Auto Glass Expert (AGE) dan pelbagai program keusahawanan yang menyasarkan pengembangan perniagaan dan industri automotif.

 

Jelasnya, automotif merupakan antara salah satu bidang TVET yang mendapat sambutan memberangsangkan dengan memberi fokus kepada dua elemen utama iaitu melahirkan tenaga kerja profesional serta berkemahiran dan membimbing individu yang berkemahuan menjadi usahawan dalam bidang berkenaan.

 

“PMH merupakan salah satu contoh usahawan berjaya yang dibimbing Mara, di mana ia hasil kegigihan seorang anak muda yang merupakan bekas pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menambah baik prestasi pusat servis ini,” ujarnya.

 

Tambahnya, Mara menyediakan pelbagai bantuan termasuk untuk pembelian peralatan, modal pusingan, pengubahsuaian bengkel serta menyediakan siri latihan peningkatan perniagaan.

 

“Mara akan terus komited untuk membantu usahawan-usahawan yang berminat untuk mengembangkan sayap perniagaan masing-masing agar lebih berdaya saing dan maju,” katanya.

 

 

– UTUSAN

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua bas tersebut akan digunakan di beberapa laluan terpilih di Pulau Langkawi dalam tempoh…
Berita Domestik
Pembukaan Is Tayar Maju Sdn Bhd yang dimiliki oleh Ismail bin Ahmad, 52, secara tidak langsung…
Berita Domestik
  "Masa hadapan industri motosikal meningkat naik seiring perkembangan ekonomi gig.   "Saya…