Marc Marquez sambung kontrak empat tahun dengan HRC

oleh Mohamad Hanif|
Minggu lalu, Honda Racing Corporation (HRC) mengumumkan perjanjian dengan pelumba Sepanyol berusia 27 tahun, Marc Marquez dengan menyambung tempoh kotrak selama empat tahun bermula 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Marc Marquez memulakan karier di dalam MotoGP menggunakan jentera RC213V untuk pasukan pengilang Honda, Repsol Honda Team dan menjadi juara MotoGP paling muda di dunia pada tahun 2013. 
 


Semenjak daripada itu, gelaran juara dunia tidak lagi menjadi asing buat Marc Marquez sehingga tahun lalu (2019), kecuali pada tahun 2015 apabila Marc menduduki tempat ketiga dalam kelas yang sama. 

Secara keseluruhan, Marc mengungguli 62 kedudukan pole, serta  56 kemenangan yang merupakan pelumba ketiga paling banyak memenangi kejuaraan di dalam sejarah MotoGP. 
 


Menurut Marc Marquez, "saya amat berbangga untuk mengumumkan pembaharuan kontrak bersama Honda Racing Corporation untuk empat tahun akan datang. 

"Sejak tahun pertama di dalam MotoGP, HRC telah memberikan saya keyakinan untuk memanjangkan lagi perhubungan demi mencapai matlamat dan meneruskan kisah-kisah kemenangan kami. 
 


Yoshigire Nomura selaku Presiden Honda Racing Corporation memberitahu, "selaku juara, beliau sewajarnya diberikan perjanjian yang unik." 
 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
  Berdasarkan spesifikasi pasaran Thailand, MSX GROM 2021 digerakkan enjin 125cc empat lejang PGM…
MotorGP
Takaaki Nakagami kini bertanding di kejuaraan MotoGP Sedunia FIM untuk pasukan LCR Honda IDEMITSU…
Berita Global
Ia didatangkan dengan enjin bentangan V4 90 darjah bersesaran 748 cc menghasilkan 75.94 kuasa kuda…