MARii, Altair Inc dan ORS tandatangani perjanjian Digital Twin - jangka mampu turun kos pembangunan produk

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) hari ini menandatangani perjanjian kolaborasi teknologi Digital Twin dengan syarikat Altair Incorporated (USA) dan ORS Technologies. 

Perjanjian persefahaman Mou ini bertujuan untuk menggandingkan kepakaran antara ketiga-tiga belah pihak di dalam aspek pasaran, solusi kejuruteraan, teknologi rekaan automotif, kesedaran industri, latihan dan konsultasi, serta pemindahan kepakaran di dalam teknologi Digital Twin.
 


Digital Twin merujuk kepada proses penghasilan replika digital daripada objek fizikal, di man aia boleh digunakan untuk menjalani apa jua simulasi keadaan sebenar dalam mencari satu solusi kepada masalah dalam dunia nyata. 

Menggunakan contoh di dalam bidang penghasilan kenderaan, ianya tidak terhad kepada ujian simulasi pelanggaran semata-mata, malah ia turut merangkumi keseluruhan aspek yang ada pada kenderaan moden, seperti sistem pendawaian serta pengendalian. 

Dengan adanya teknologi Digital Twin dengan ciri ujian masa nyata ini mampu untuk mengurangkan kos pembangunan dan pemprosesan produk dengan lebih berkesan. 


 

 


Menurut CEO MARii, Dato' Madani Sahari berkata, "aplikasi teknologi Digital Twin ini mampu untuk meneroka kemungkinan baharu di dalam proses rekaan automotif, serta mampu untuk mencipta peluang pekerjaan serta kepakaran baharu buat rakyat Malaysia. 

Presiden Altair Engineering, Brett Choulnard pula berkata, "sistem fizikal-siber ini bakal memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah produk baharu, selain menjadi tunjang utama dalam penyelidikan pemanjangan jangka hayat produk sedia ada."

Ketika berucap, Pengarah Urusan ORS Technologies Khairulnizam Ruslan berkata, "dengan termeterai MoUantara MARii, Altair Inc dan ORS Technologies mampu membolehkan kami untuk menghadapi cabaran teknologi demi memenuhi tuntutan pasaran dan perniagaan."

Majlis tandatangan MoU tersebut disaksikan oleh Presiden MARii, Datuk Phang Ah Tong. 
 


Dalam majlis yang sama menyaksikan CEO MARii, Dato' Madani Sahari merupakan insan pertama di rantau ASEAN yang dinobatkan sebagai penerima sulung anugerah "Design the Difference" daripada Altair Inc. 

Anugerah "Design the Difference" ini merupakan satu token penghargaan kepada tokoh industri yang menjadi peneraju di dalam mempromosikan teknologi kejuruteraan di dalam industri, masyarakat dan juga komuniti. 

Selain daripada anugerah yang disebutkan tadi, Altair juga turut menyampaikan Enlighten Award bertujuan untuk menghargai pencapaian terhebat dalam aspek penjimatan berat kenderaan setiap tahun. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…
Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan…