MARii manfaatkan teknologi laser hasilkan PPE untuk petugas baris hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) akan memulakan produksi peralatan perlindungan peribadi (PPE) seperti pelindung muka dan kotak intubasi untuk kegunaan petugas baris hadapan bersama-sama syarikat teknologi tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesemua peralatan PPE tersebut akan dihasilkan menggunakan proses pemotongan laser yang membenarkan proses produksi yang lebih pantas dan efisien tanpa memerlukan peralatan tambahan.

Melihatkan kepada keterbatasan bahan mentah yang diperlukan, proses menggunakan laser ini mampu diperluaskan kepada penggunaan bahan yang mudah dicapai seperti akrilik dan Perspex.

 


Selain daripada itu, penggunaan mesin laser ini juga tidak memerlukan pengawasan yang maksimum, dan mampu mengurangkan risiko penularan virus menerusi aliran kerja yang lebih ringkas.

Menurut Dato' Madani Sahari, CEO MARii berkata, teknologi ini amat berguna terutama di dalam situasi COVID-19 di mana terdapat permintaan yang semakin meningkat terhadap PPE.

Tambah beliau lagi, kira-kira 100 unit pelindung muka dan 50 kotak intubasi mampu diproduksikan dalam masa sehari menggunakan teknologi pemotongan laser ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaan Urbansphere juga sebenarnya lahir daripada studio rekaan Audi yang terletak di Beijing.…
Berita Global
Namun, platform ini tidak akan menjadi sebahagian daripada model Porsche, disebabkan Porsche akan…
Berita Domestik
Sumbangan tersebut termasuklah beras, minyak masak, topeng muka, tudung, sarung tangan, peralatan…