MARii perkenal program pembiayaan vendor automotif dengan kerjasama Bank Muamalat

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Bank Mualamat Malaysia Berhad baru-baru ini menandatangani perjanjian persefahaman bagi membangunkan sebuah program pembiayaan khusus untuk vendor-vendor automotif.

Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk membantu pengeluar komponen dan alat ganti automotif yang berdaftar di bawah MARii untuk mendapatkan akses terhadap fasiliti perbankan demi menambahbaik aliran tunai perniagaan dengan pengeluar kenderaan (OEM).

Program Pembiayaan Vendor Automotif ini disasarkan untuk memberikan manfaat kepada 100 vendor terpilih daripada industri automotif.

Menerusi MoU yang termeterai ini, MARii akan mengenalpasti vendor-vendor yang layak untuk pelbagai OEM yang beroperasi di dalam negara, dan bertindak sebagai pusat rujukan kepada vendor-vendor lain selain menjadi titik penasihat bagi Bank Muamalat mengenai pengetahuan industri automotif.

Untuk layak menyertai Program Pembiayaan Vendor Automotif, vendor terpilih akan melalui beberapa program yang disusun khusus yang dianjurkan oleh MARii termasuklah Lean Production System (LPS), Automotive Supplier Excellence Programme (ASEP), CEO Growth Mindset Programme (COGMP), dan Design Engineering Programme (DEP).

Menurut CEO Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, "sejumlah RM500 juta diperuntukkan oleh bank untuk tujuan membantu vendor di dalam pembangunan perniagaan dan teknologi selari dengan Industry 4.0.

"Pelan pembiayaan akan ditawarkan menerusi program berstruktur dengan kadar yang menarik untuk membantu memperkembangkan lagi perniagaan syarikat yang berpotensi, secara tidak langsung ia merupakan strategi menang-menang bagi kedua-dua pihak.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di 03-2600 5500.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bertemakan "Mobility Redefined", pameran itu bakal menampilkan pelbagai kenderaan terbaharu dalam…
Berita Domestik
Edisi 2023 itu akan dibuka kepada orang ramai bermula 4 hingga 7 Mei 2023, yang akan diadakan…
Berita Domestik
Beliau mensasarkan menjelang tahun 2030, lebih kurang 100,000 unit kenderaan baharu yang dijual…