MARii, UKM tandatangani MoU pacu pembangunan NxGV, MaaS & Industri 4.0

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk berkolaborasi di dalam bidang kenderaan generasi baharu (NxGV), teknologi pembuatan semula, kitar semila dan pembuatan pintar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Eksekutif MARii, Dato' Madani Sahari; Naib Chanselor UKM, Prof Dato Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor; Pengerusi UKM, Tan Sri Dato' Seri Abdul Wahid Omar; Pengerusi MARii, Datuk Phang Ah Tong, dan Timbalan Naib Chanselor Penyelidikan dan Inovasi UKM, Dato' Ir. Dr. Abdul Wahab bin Mohammad.

Kolaborasi antara kedua belah pihak ini bertujuan untuk memacu pembangunan tiga elemen baharu yang digariskan di bawah NAP 2020 iaitu NxGV, Mobiliti sebagai perkhidmatan (MaaS) dan Revolusi Industri 4.0 menerusi projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan usaha pengkomersilan.

Salah satu projek yang dimaksudkan merangkumi pembangunan dan pengkomersilan bateri kereta elektrik (EV) memfokuskan kepada prestasi, replikasi, pengeluaran bateri lithium-ion dan sebagainya.

Menurut Dato' Madani, "MoU yang terjalin antara MARii dan UKM bakal melengkapkan lagi jaringan kepakaran strategik yang diperlukan bagi melaksanakan projek R&D bagi pembuatan bateri EV, keselamatan siber, dan digitalisasi di dalam sektor mobiliti.

"Ia bakal menambah nilai kepada pembangunan NxGV, MaaS dan IR4.0 selari dengan NAP2020."

Beberapa langkah lain bakal dilaksanakan pada masa akan datang termasuklah menjalankan projek Kenderaan Cekap Tenaga Hidrogen (HEEV), serta menambah baik sektor pembuatan semula seperti menggariskan kerangka kerja bagi pengujian enjin yang dibuat semula (remanufactured engine) bagi meningkatkan kualiti pengeluaran di dalam sektor tersebut.

Kolaborasi ini juga bakal memperlihatkan pembangunan jaringan khusus bagi Logistik Balikan (Reverse Logistics) yang meliputi proses pengumpulan, kitar smeula dan peleraian kenderaan akhir hayat (ELV).

Selain daripada itu, Inisiatif Data Pintar bakal dilaksanakan memfokuskan kepada penggunaan kepintaran buatan (AI) di dalam proses pembuatan, manakala teknologi seperti Analisa Data (Big Data Analytics) dan IoT juga bakal diteroka bagi membolehkan aplikasi di dalam bidang seperti sensor fusion, deep learning dan pembelajaran machine.

Projek pembangunan ini juga bakal menyaksikan fokus kepada keselamatan siber (cybersecurity) menggunakan Industri 4.0 bagi melaksanakan sistem keselamatan berlapis (layered security system) - kaedah keselamatan siber yang menggunakan pelbagai teknik keselamatan bagi melindungi data dan sumber.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…
Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan…