Di dalam penguasaan itu model mana yang paling digemari? Kereta kecil Maruti Suzuki Alto, yang kini mencatat rekod jualan sebanyak 4.5 juta unit.
Dilancar pada 2000, Alto hanya memerlukan empat tahun untuk menjadi kereta nombor satu di India.
Lama di pasaran, Alto K10 generasi pertama dan Alto CNG (gas asli mampat) dilancar pada 2010.
Dua tahun kemudian Alto 800 dilancar dan kereta kecil itu mencatat angka jualan sebanyak dua juta unit.
Alto K10 generasi kedua dilancar pada 2014 dan 2016 menyaksikan jualan mencecah tiga juta unit.
Jualan keempat juta dicapai pada 2020 dan Alto terus menjadi kereta terlaris di India.
Alto K10 generasi ketiga dilancar pada 2022 dan jualan keseluruhan sehingga kini sudah mencecah 4.5 juta unit.
Alto terbaru digerakkan enjin NextGen K-Series 1.0 liter Dual Jet, Dual VVT yang menghasilkan 66.6 ps pada 5,500 rpm dan tork 89Nm pada 3,500 rpm.
Penggunaan minyak pula pada kadar 24.9 kilometer per liter (km/l) untuk transmisi AGS dan 24.3 km/l bagi model manual lima kelajuan.
Dari segi dimensi, Alto K10 berukuran 3,530 milimeter (mm) panjang, 1,520 mm tinggi dan lebar 1,490 mm. Sebagai kereta kecil, jarak pusingan hanya 4.5 meter.
Alto dilengkapi stereng berkuasa elektronik, cermin depan berkuasa, pilihan Auto Gear Shift (AGS), dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan pelbagai lagi.
Seperti model terdahulu pelanggan juga boleh memesan Alto dengan sistem CNG.
Kenapa Alto begitu popular? Alto adalah pilihan utama buat pelanggan muda dan pembeli kereta pertama. Penjenamaan dan reputasi sejak sekian lama juga membantu.
Harganya juga bagus, 399,000 rupee (RM22,093) untuk model asas Std manual dan 583,500 rupee (RM32,311) bagi model premium Vxi+ AGS.
Penulis: Muhammad Md Tajudin / Foto: Maruti Suzuki