Maruti Suzuki bakal lancar dua subjenama premium di India

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Maruti Suzuki merupakan syarikat kerjasama antara Maruti Udyog Ltd dan Suzuki Motor Corporation, di mana 56.21 peratus pegangan dalam syarikat tersebut dimiliki oleh Suzuki. 

Di India, ia merupakan syarikat automotif terbesar di sana dengan penguasaan sebanyak 53 peratus pasaran kereta penumpang. 

Sebut sahaja model-model yang tidak terdapat di Malaysia, ia ada di sana seperti Ciaz, Wagon R, Alto, Swift, Celerio, Baleno dan model yang kebetulan dibawa masuk oleh Proton, Ertiga. 

Semasa lawatan kami ke India beberapa bulan yang lalu, anda boleh bayangkan Maruti Suzuki ibarat seperti Perodua di Malaysia, ke mana sahaja anda pergi anda akan melihat model tersebut menguasai jalanan. 

Model pertama mereka, Maruti 800 diambil secara terus daripada Suzuki Alto dan hatchback ini didatangkan dengan enjin 800 cc (45 kuasa kuda) dan transmisi manual empat atau lima kelajuan. 

Menariknya, Maruti 800 merupakan model kedua yang mempunyai tempoh produksi terpanjang di India, iaitu 31 tahun di belakang kedudukan pertama Hindustan Ambassador.

 

sumber: Autobics


Dengan beberapa buah model kereta bandar yang menguasai jalanan, Maruti Suzuki kini mengambil langkah baharu untuk memperkenalkan dua lagi subjenama bagi bersaing di dalam kategori premium (mungkin sekali mahu melawan Lexus, Infiniti).

Laporan daripada Indian Auto's Blog menyebut bahawa salah sebuah jenama tersebut adalah NEXA yang dinaiktaraf daripada sebuah pengedar premium milik Maruti. 

Di India, Suzuki mempunyai dua wakil penjual iaitu Arena dan NEXA di mana Arena memfokuskan penjualan model-model seperti Wagon R, Suzuki Ertiga, Suzuki Alto, dan Suzuki Gypsy. 

Manakala pengedar NEXA ini membantu Maruti Suzuki menjual beberapa model yang lebih premium seperti Suzuki Baleno, Baleno RS, SX-4 S-Cross, Ciaz dan Igniz.

Malah, model Suzuki Ertiga Sport (konfigurasi enam tempat duduk) juga dikatakan bakal dimasukkan ke dalam subjenama yang sama (NEXA). 
 

sumber: Drive.co.uk

Manakala sub-jenama ketiga yang akan diperkenalkan mungkin menyasarkan pembeli di dalam lingkungan usia 25-35 tahun, dan ia akan memainkan peranan yang kritikal dalam usaha untuk mengekalkan penguasaan Maruti Suzuki di dalam pasaran. 

Menurut laporan, jenama NEXA ini akan berdiri sebagai sebuah identiti berasingan menjelang tahun 2022-2023 bagi memberikan peluang kepada model-model sedia ada menghampiri kitaran hayatnya tidak lama lagi. 

Pihak Suzuki juga tidak menolak kemungkinan untuk menjual produk kerjasama mereka bersama Toyota untuk model-model berkuasa hibrid yang akan diletakkan dibawah seliaan NEXA. 

 


Sementara itu, model pertama hasil kerjasama Toyota-Suzuki ialah Toyota Glanza, yang ditukarkan lencananya daripada Maruti Suzuki Baleno yang akan dilancarkan tidak lama lagi. 

Ia akan menampilkan enjin 1.2 liter berkuasa 83 hp dan daya kilas 115 Nm yang digandingkan dengan transmisi manual lima kelajuan atau CVT. 

Sumber: Indian Autos Blog

Berita Berkenaan

Berita Global
Kilang ketiga itu juga akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kenderaan Toyota di India kepada 410,…
Berita Global
Kereta Suzuki Wagon R ini pernah muncul pada sidang kemuncak G7 di Hiroshima pada bulan Mei yang…
Berita Global
Difahamkan, Jimny lima pintu itu akan dieksport ke pasaran Jepun dalam masa terdekat berdasarkan…