Difahamkan, ia merupakan kali pertama pesawat dua tingkat tersebut dijadikan sebagai pesawat penerbangan kargo semata-mata bagi membawa muatan seberat 26 tan yang diperoleh daripada Guangzhou.
Menurut Ibrahim Mohamed Salleh, ketua eksekutif MASkargo berkata, "ini merupakan pendekatan inovatif dan penyelesaian di luar kotak, tiada pesawat A380 lain yang kami tahu membuat pendekatan sedemikian.
"Disebabkan kebanyakan pesawat telah digunakan semaksimum mungkin untuk misi kemanusiaan COVID-19, kami memulakan projek passenger-to-cargo (P2C) di mana pesawat terbesar di dalam MAS, A380 ditukarkan menjadi sebuah kapal terbang muatan kargo.
"ini kerana pesawat asal A350 yang sepatutnya digunakan tidak mampu untuk menampung muatan yang kami perlukan.
Menurut MASkargo lagi, dalam penerbangan pulang, pesawat A380 itu juga turut dipenuhi dengan muatan kargo yang terdiri daripada barangan farmaseutikal dan surat.
Pesawat Airbus A380 kini merupakan pesawat penumpang terbesar di dunia dan dioperasikan oleh 15 buah pengendali penerbangan di seluruh dunia setakat 23 Ogos 2019.
Penggunaan pesawat penumpang sebagai pembawa muatan kargo bukanlah satu perkara yang baharu, malah ia dilihat sebagai satu opsyen yang lebih praktikal terutama apabila membawa muatan yang lebih banyak.
Pengendali juga boleh memaksimumkan penggunaan ruang penumpang sedia ada dengan memuatkan lebih banyak barangan.
Sumber: Air Cargo News