Masa hadapan Renault Megane kelam, EV lebih penting

oleh Mohamad Hanif|
Masa hadapan hatchback Renault Megane kini diberitakan kelam apabila ia berhadapan dengan masalah penjualan yang tidak memberangsangkan di Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Auto Express UK, walaupun lebih daripada 460 ribu unit telah pun dijual semenjak 2010 di Eropah, kadar penjualan Renault Megane dicatatkan menurun saban tahun.

Malah, di UK sahaja, Renault hanya sekadar menjual kira-kira 2,699 unit Megane pada tahun lalu, dan sebagai perbandingan, Volkswagen berjaya menjual 58,994 unit Golf untuk tempoh yang sama.

Hal ini turut disahkan oleh Laurens van den Acker, ketua unit rekaan Renault di mana syarikat Perancis itu dikatakan mahu memindahkan sebahagian daripada kos pembangunan Renault Megane kepada sesuatu yang lebih mendatangkan nilai, seperti contoh EV.

Adakah ini bermakna satu pengakhiran buat generasi keempat Renault Megane ini?

Sumber: Auto Express UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun lalu, Renault Megane E-Tech Electric diperlihatkan buat kali pertama menerusi model konsep…
Berita Global
  Pada bahagian luar, Mégane Hatch dan Sport Tourer tampil dengan komponen baharu seperti bampar…
Berita Global
  Pada bahagian dalam, kedua-dua varian dilengkapi Paparan Maklumat Pemandu TFT saiz 10 inci…