Masa untuk menabung, Ducati Diavel 1260 mula dipasang di Bologna, Itali

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jika ada anugerah motosikal ikonik untuk dekad ini, ia patut diberi pada Ducati Diavel. Motosikal super cruiser ini memang unik dan pelik.

Bukan pelik yang jelek tetapi pelik yang menawan.

Duduk sahaja di atas motosikal ini, anda layak digelak sebagai individu kacak. Setelah dilancarkan pada EICMA 2018, Diavel 1260 kini sudah memasuki fasa pengeluaran di kilang Borgo Panigale, Bologna, Itali.

Pengeluaran pertama tersebut dalam satu majlis khas yang dihadiri oleh Claudio Domenicali, Ketua Pegawai Eksekutif dan Silvano Fini, Pengurus Pengeluaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ducati Diavel 1260

 

Diavel generasi pertama dilancarkan di EICMA 2010 dan ia mengejutkan ramai peminat motosikal dengan karakternya yang tersendiri.

Ia hadir dalam bentuk naked tetapi dengan gaya duduk cruiser dalam pakej sebuah motosikal buatan Ducati. Selepas itu beberapa pengeluar turut hadir dengan konsep sama tetapi Diavel tetap Diavel.

Diavel generasi kedua hadir meneruskan legasi, tampil dengan garisan lebih menonjol dan lagi berprestasi. Model ini katanya lebih seronok di bawa ke pelbagai jenis laluan dan lebih selesa untuk penunggang dan pembonceng.

Jiwa motosikal ini ialah enjin Testastretta DVT 1262 yang mempunyai daya pecutan berkuasa dan operasi enjin yang lancar pada kelajuan rendah supaya sesuai untuk dibawa hari-hari dan tunggangan jarak jauh.

 

Ducati Diavel 1260

 

Chasis model ini juga telah dinaiktaraf supaya lebih lincah dan karakter tersebut dibelai oleh teknologi pembrekan yang setara dengan superbike. 

Motosikal ini dilengkapi dengan Bosch Cornering ABS dan sistem kawalan enjin yang mesra pengguna.

Posisi duduk selesa melalui pelana besar dan tunggangan lebih meyakinkan dengan tayar belakang lebar 240 mm yang dipadankan bersama roda 17 inci.

Untuk pelanggan yang mahukan versi sporti, Diavel 1260 S dilengkapi suspensi Öhlins, roda khas, sistem pembrekan lebih berprestasi dan Ducati Quick Shift up & down Evo sebagai ciri standard.

 

Ducati Diavel 1260



Walaupun produksi sudah bermula, Diavel 1260 hanya akan berada di bilik pameran Ducati UK pada Mac ini. Pasaran lain akan disusuli kemudian dan mungkin juga di negara kita.

Harga seperti biasa, RM 100 ribu ke atas bergantung kepada spesifikasi.

Diavel 1260 ditawarkan dalam warna Sandstone Grey manakala Diavel 1260 S dalam beberapa pilihan iaitu Sandstone Grey atau Thrilling Black & Dark Stealth.

Penulis: Muhammad Md Tajudin