Masalah alat ganti: Proton arah pengedar simpan stok sehingga tiga bulan

oleh Mohamad Hanif|
Masalah alat ganti merupakan antara isu berbangkit yang menghantui sesetengah pengguna, termasuk pengguna kenderaan Proton itu sendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini turut diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah dan menegaskan Proton mengambil serius setiap aduan yang diterima daripada pelanggan.

"“Proton menyedari isu yang dihadapi berkaitan selepas jualan dan ketersediaan alat ganti. Pelanggan kami telah menghubungi kami dan kami amat menyesali sebarang kesulitan yang berlaku.

"Saya ingin menegaskan bahawa kami mengambil serius setiap aduan yang diterima dan pihak pengurusan telah mengenalpasti beberapa kekurangan dan isu operasi yang memerlukan pembaikan.”

 “Langkah pertama adalah menangani ketersediaan alat ganti dan kami telah melaksanakan peraturan mandatori di mana semua pengedar dikehendaki memegang stok tiga bulan untuk 22 alat ganti permintaan tinggi.

"Pusat alat ganti kami juga tertakluk kepada peraturan yang sama, dan kami berharap ini akan mengurangkan masa menunggu pelanggan. Kami juga memperkukuhkan keupayaan dan pengetahuan pengedar kami untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang kepada semua pelanggan PROTON.

"Masih banyak lagi yang perlu dilakukan tetapi kami akan memaklumkan perkembangan kami sepanjang tahun ini,” tambah Roslan Abdullah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu kenyataan, beliau berkata walaupun Persatuan Penjual Proton (PVA) menghubungi pembuat…
Berita Domestik
PPCSB yang ditubuhkan pada 19 Jun 1992 merupakan komponen penting dalam selepas jualan PROTON…
Berita Domestik
TÉKHNĒ memasuki pasaran tempatan dengan produk-produk Pengilang Peralatan Asal (OEM) serta…