Masalah bekalan cip, Volvo henti pemasangan kereta di Gothenburg selama lima hari

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Cars akan menghentikan sementara produksi kenderaan di kilang Torslanda, Gothenburg selama satu minggu disebabkan kekurangan bekalan cip semikonduktor.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan Automotive News, Volvo Cars membuat keputusan untuk menghentikan sementara produksi di Torslanda bermula 30 Ogos hingga 3 September, selepas gangguan yang serupa berlaku di sebuah lagi kilang dua minggu yang lalu.

Dalam emel yang dihantar, Volvo Cars mengesahkan produksi kenderaan di kilang tersebut akan disambung semula pada 5 September

Volvo sebelum ini memberikan amaran pada bulan Julai di mana masalah kekurangan bekalan cip ini bakal memberikan impak negatif untuk separuh kedua tahun 2021.

CFO Volvo, Bjorn Annwall memberitahu Automotive News Europe, kesan daripada masalah yang tidak diatasi ini bakal mengakibatkan pertumbuhan jualan dan hasil untuk separuh kedua yang kekal mendatar, berbanding tempoh yang sama tahun 2020.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…