MASALAH BREK PADA LORI PUNCA DUA BERANAK MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini dua beranak maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Banting-Dengkil dekat Sungai Manggis yang berpunca dari masalah brek lori yang hilang kawalan dan melanggar lima buah kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata pemandu lori berusia 47 tahun kini ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

"Berdasarkan siasatan, kemalangan berlaku ketika lori dari Banting menghala ke Dengkil hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar empat kereta termasuk Perodua Myvi yang dinaiki tiga beranak.

"Pemandu memaklumkan lori mengalami masalah brek dan hilang kawalan, semakan juga mendapati pemandu tiada rekod saman atau jenayah," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dalam kemalangan itu, Perodua Myvi yang dinaiki seorang wanita berusia 43 bersama dua anak perempuannya yang berusia 16 dan 10 tahun terseret ke dalam parit.

Katanya, wanita berkenaan bersama anak perempuan yang berusia 10 tahun maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi anak perempuannya mengalami kecederaan ringan.

 

kemalangan

 

"Pemandu kenderaan lain yang terbabit termasuk pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Saksi bebas yang melihat kemalangan ini atau mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621 atau 03-31872222," katanya.

Terdahulu media melaporkan, dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori yang melanggar empat kenderaan di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis di Kuala Langat, kira-kira 7 pagi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang maut dikenali Nurhikmah Abd Rahman, 43, dan anak, Nur Irsalina Zuhrah Safrol Nizam, 10, selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap sebuah lori sehingga memasuki parit.

Kemalangan itu turut menyebabkan seorang lagi anak Nurhikmah iaitu Nur Irdina Wafa, 16, cedera ringan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Banting.

SUMBER : Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, peratusan itu diperoleh daripada 40 kes…
Berita Domestik
"Akibat pergeseran itu, motosikal yang dinaiki mereka bertiga hilang kawalan dan terbabas,…
Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…