Masalah cip semikonduktor takkan selesai sehingga 2024 - Volkswagen

oleh Mohamad Hanif|
Harapan cerah kebanyakan pengeluar automotif untuk melihat keadaan kembali pulih tahun ini bakal disuramkan kembali oleh krisis kekurangan bekalan cip semikonduktor.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana eksekutif Kumpulan Volkswagen mendakwa, mereka tidak menjangkakan masalah tersebut akan selesai sehingga tahun 2024.

Menurut laporan daripada Automotive News Europe, ketua pegawai kewangan VW Arno Antlitz dalam temubual bersama Boersen-Zeitung minggu ini menjelaskan bekalan cip semikonduktor akan bertambah baik pada tahun ini dan tahun 2023, namun tidak akan selesai sepenuhnya menjelang pertengahan dekad ini.

"Kami melihat kekurangan bekalan struktur pada tahun 2022, di mana ia mungkin akan berkurangan sedikit menjelang suku ketiga atau keempat. Situasi akan menjadi bertambah baik, namun masalah struktur tidak akan dapat diselesaikan sepenuhnya.

Beliau juga percaya, masalah akan tetap berlaku pada tahun 2024 kerana pembekal cip masih lagi tidak mampu untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat itu.

Sebelum ini, BMW turut membuat kenyataan yang hampir serupa dengan menjangkakan masalah kekurangan cip akan berterusan sepanjang tahun 2022.

Sekiranya jangkaan kedua-dua pengeluar tersebut tepat, ini merupakan satu berita buruk buat para pengeluar yang masih lagi berusaha untuk pulih daripada kekangan produksi disebabkan oleh COVID-19, masalah kekurangan cip dan bekalan komponen terputus daripada pembekal yang berpengkalan di Ukraine.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, dalam satu perkembangan terbaharu, pengeluar automotif Jerman itu menjangkakan krisis…
Berita Global
Masalah tersebut berpunca daripada gangguan bekalan yang disebabkan oleh serangan Russia ke atas…
Informasi
  Bagaimanapun, kekurangan bekalan pada tahun ini diramal tidak seteruk seperti pada 2020 dan 2021…