Masalah enjin - Pesawat AirAsia Tawau-Kuala Lumpur patah balik

oleh Penyumbang Rencana|
Pesawat AirAsia penerbangan dari Tawau ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik selepas hampir sejam berlepas dari Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu.

Difahamkan, pesawat yang membawa 170 penumpang terpaksa berpatah balik disebabkan mengalami masalah enjin.

Pengurus Lapangan Terbang Tawau, Rehan Shafiq Azizan berkata, maklumat diterima daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia Kawalan Trafik Udara (CAAM ATC) mengenai kejadian itu pada jam 3.03 petang.

"Juruterbang pesawat AirAsia bagi penerbangan AK 5741 TWU-KUL meminta untuk kembali ke lapangan terbang (RTB) disebabkan masalah enjin.

“Susulan itu, Perkhidmatan Penyelamat dan Bomba Pesawat (AFRS) telah mengaktifkan agensi berkaitan dan kenderaan bersedia dikedudukan masing-masing.

“Syarikat pernerbangan berkenaan juga sudah dimaklumkan dan tempat parkir pesawat bay 5 telah disediakan,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Sabtu.

Pesawat tersebut mendarat dengan selamat pada jam 4.34 petang di landasan RYW 24 dan diletakkan di tempat parkir yang disediakan.

"Semua penumpang dalam keadaan baik, tiada kecederaan dilaporkan berlaku dan kejadian ini tidak menjejaskan operasi lapangan terbang yang lain" katanya.

- terima kasih kerana mementingkan keselamatan para penumpang, biar lambat janji selamat -

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA bergegas…
Informasi
"Walaupun Lapangan Terbang Subang adalah mudah, terutamanya kepada penduduk bandar, pembangunan…
Informasi
Penerbangan pertama AK4102 dari Kota Kinabalu berlepas pada jam 6.25 pagi dan telah tiba di…