Masalah kekurangan bekalan, Toyota henti operasi dua kilang di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Toyota dilaporkan menghentikan sementara operasi pemasangan kenderaan di dua kilang yang terletak di Jepun disebabkan oleh masalah kekurangan bekalan komponen serta kekurangan pekerja di Vietnam akibat pandemik COVID-19.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Ini bermakna, Toyota tidak dapat meneruskan operasi secara normal pada bulan Disember seperti yang telah dirancang sebelum ini.

Dalam laporan terdahulu, Toyota berharap agar operasi pemasangan kenderaan kembali normal pada bulan ini setelah mengalami gangguan bekalan komponen.

Menurut jurucakap Toyota, operasi di dua kilang tersebut dihentikan buat sementara waktu pada hari Rabu dan berterusan selama tiga hari.

Toyota menjangkakan angka produksi menurun sebanyak 3,500 unit kenderaan disebabkan penangguhan sementara operasi, namun mereka tetap menyasarkan untuk menghasilkan sehingga sembilan juta kenderaan di seluruh dunia menjelang tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac ini.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, sebanyak 50 notis PG1 iaitu larangan penggunaan…
Berita Domestik
Katanya, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) perlu telus memastikan kenderaan…
Berita Domestik
Operasi sama dijalankan turut mendapati bilangan saman paling banyak dikeluarkan melibatkan…