Masalah kekurangan cip kini kritikal - BMW

oleh Mohamad Hanif|
Tidak dapat dinafikan, masalah kekurangan cip semikonduktor menyebabkan sesetengah pengeluar automotif mula menghentikan sementara produksi, malah ada yang terpaksa menutup kilang disebabkan tidak mampu untuk meneruskan produksi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW dalam satu kenyataan meramalkan masalah kekurangan cip ini akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini.

Menurut Milan Nedeljkovic, ketua unit produksi BMW memberitahu pengamal media, "Untuk tempoh separuh kedua, masalah kekurangan ini akan kekal kritikal. Anggapan awal bahawa ia akan diselesaikan dalam masa separuh pertama tahun ini nampaknya meleset.

Kebanyakan pengeluar mengalami peningkatan angka jualan untuk dua suku pertama tahun ini disebabkan sekatan COVID-19 yang telah dilonggarkan, namun dalam masa yang sama mereka menghadapi masalah untuk menggantikan unit yang telah dijual kepada unit baharu.

Nedeljkovic memberitahu, BMW telah pun kehilangan output sekitar 30,000 unit sehingga saat ini, dan difahamkan kekurangan output akan terus berlaku untuk separuh kedua tahun ini.

Masalah ini dijangka mampu memberikan kesan besar terhadap industri automotif, tatkala kebanyakan model kenderaan masa kini sudah dilengkapi dengan teknologi termaju dan memerlukan lebih banyak bekalan cip mikro.

Malah, ada sesetengah pengeluar terpaksa mengabaikan sesetengah ciri bagi membolehkan kenderaan mereka dipasang dan disalurkan kepada pengedar untuk dijual.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Kekurangan cip pada peringkat global telah mengakibatkan kelewatan terhadap penghasilan dan…
Berita Global
Masalah tersebut berpunca daripada gangguan bekalan yang disebabkan oleh serangan Russia ke atas…
Berita Global
Namun begitu, pandemik Covid-19 telah mengubah segalanya dan masalah bekalan cip menyebabkan proses…