Masalah kotak gear auto, Nissan henti jual model Z 2023 transmisi automatik di US

oleh Mohamad Hanif|
Di Amerika Syarikat, Nissan dilapor terpaksa menghentikan fasa penjualan dan pengedaran bagi model Nissan Z 2023 pada bulan lalu, khususnya bagi model yang dilengkapi dengan transmisi automatik sembilan kelajuan daripada Jatco.

Menurut laporan Autoblog, Nissan Z 2023 varian automatik itu dilengkapi dengan kotak gear bermasalah yang mampu menyebabkan insiden kereta bergerak sendiri yang turut membabitkan model trak pikap Nissan Frontier dan Titan (model tahun 2020-2022).

Isu ini menyebabkan Nissan terpaksa mengumumkan dua kempen panggil semula yang berbeza.

Berdasarkan notis kali kedua yang diumumkan pada bulan ini, ia memberikan petunjuk bahawa Nissan Z 2023 turut dilengkapi dengan transmisi yang diperoleh daripada pembekal yang sama (Jatco).
 

nissan z


Wakil jurucakap Nissan Jonathan Buhler memberitahu laman Autoblog, "Nissan telah memulakan pemeriksaan kualiti terhadap model Nissan Z bertransmisi automatik pada 29 Ogos 2022 semasa menyiasat isu ini. Siasatan masih lagi berjalan sehingga kini."

Berdasarkan laporan Nissan terhadap NHTSA, isu ini dikatakan berpunca daripada pin transmisi 'parking pawl' yang tersangkut dengan komponen lain di dalam kotak gear, menjadikannya sukar untuk mengunci pergerakan gear dan roda sewaktu dalam mod parkir.  

Ini bermakna, kereta mempunyai risiko untuk bergerak sendiri walaupun tombol gear berada di dalam posisi P.

Setakat 29 Ogos lalu, Nissan masih lagi menghalang mana-mana model Z yang dipasang di kilang Tochigi, Jepun daripada diedarkan disebabkan masalah yang masih belum jumpa jalan penyelesaiannya.

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan penambahan kenderaan yang semakin meningkat, ia turut menyumbang ke arah kesesakan lalu…
Berita Global
Kedua-dua pihak akan memegang kepentingan sebanyak 50-50, di mana syarikat baharu itu akan…
Berita Global
  Seperti biasa, GT-R digerakkan enjin VR38DETT 3.8 liter V6 turbo berkembar dan padanan…