Masalah pintu rosak, Tesla disiasat

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) melancarkan siasatan berhubung aduan mengenai pemegang pintu SUV Tesla Model Y gagal berfungsi dalam keadaan tertentu, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan pada Selasa.

Pejabat Penyiasatan Kerosakan (ODI) agensi itu memaklumkan telah menerima sembilan laporan daripada pemilik kenderaan yang tidak dapat memasuki kereta mereka.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

Dalam kebanyakan kes, ibu bapa dilaporkan terkunci di luar selepas keluar dari kereta dan tidak dapat membuka pintu belakang untuk mengambil anak mereka.

Dalam empat kes, pemilik terpaksa memecahkan tingkap untuk masuk semula, menurut ODI.

Kajian awal mendapati masalah itu mungkin berlaku jika kunci pintu elektronik tidak menerima voltan mencukupi daripada sistem bateri kenderaan.

Menurut ODI, tiada laporan menunjukkan amaran bateri voltan rendah dipaparkan.

Laporan itu juga menyebut kenderaan Tesla dilengkapi pembuka pintu manual di bahagian dalam, namun kedudukannya sukar dicapai kanak-kanak dan sebahagian pemilik tidak menyedari kewujudannya.

Menurut manual pemilik Tesla, memulihkan kuasa pada kunci elektronik memerlukan beberapa langkah tambahan menggunakan sumber kuasa luaran.

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Siapa “Feds” Yang Siasat Tesla? Dalam laporan berita AS, perkataan “Feds” merujuk kepada pihak…
Berita Global
Jeffrey Bauer, 54 dan isterinya, Michelle, 55, adalah antara mangsa yang terbunuh selepas Tesla…
Berita Global
Sebaliknya, kesemua 10 unit Tesla Cybertruck itu disumbangkan oleh Ben Horowitz, seorang bilionair…