Menurut laporan daripada National Highway Traffic Safety Administration, kesemua 138,736 unit Nissan Sentra tahun 2020 dan tahun 2021 dikesan mempunyai pemasangan rod penyambung yang bengkok dari kilang Aguascalientes.
Masalah rod penyambung yang bengkok ini dikatakan mampu memberikan impak kepada aspek pemanduan, selain menyebabkan gegaran yang ketara dan berisiko untuk hilang kawalan.
Setakat ini, tiada sebarang kemalangan atau kecederaan yang dilaporkan daripada masalah ini, menurut Nissan dan pengeluar itu akan menggantikan komponen yang terjejas tanpa sebarang kos tambahan dikenakan.