"Kita sedang mengenalpasti masalah yang mula dikesan pada 8.39 malam.
"Bagi memastikan keselamatan penumpang, pihak operator mengambil keputusan menghentikan perkhidmatan di antara Stesen Ampang Park dan Stesen Kelana Jaya pada 10.15 malam," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, bagi menampung pengguna yang terjejas, pihak operator menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi stesen yang terbabit.
Penumpang juga diminta menggunakan mod pengangkutan alternatif.
"Segala kesulitan ekoran gangguan ini adalah amat dikesali dan pihak Rapid Rail ingin memohon maaf kepada semua penumpang yang terkesan," katanya.
Rata-rata di ruang komen Facebook rasmi pengendali LRT tersebut, para pengguna turut melahirkan rasa dukacita dan kekecewaan di atas kelewatan infomasi yang diberikan dan mahukan maklumat terkini samada perkhidmatan tren LRT akan beroperasi semula pada esok (Selasa) atau tidak.