Maserati Grecale 2023 rasmi dilancarkan - kuasa sehingga 530 hp

oleh Mohamad Hanif|
Jenama mewah Itali Maserati baharu sahaja memperkenalkan SUV kedua mereka, Grecale sebagai penambahan kepada keluarga SUV sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diposisikan di bawah Levante, Maserati Grecale 2023 bakal memberikan saingan secara terus kepada model-model seperti BMW X3, Jaguar F-Pace serta Porsche Macan, dengan dimensi 4,859 x 1,979 x 1,659 mm dan jarak antara roda sepanjang 2,90`1 mm.

Untuk varian Modena dan Trofeo, jarak trek gandar belakang adalah 34 mm lebih lebar.

Rekaan luaran Grecale menampilkan gril ikonik Maserati yang tampak agresif, garis sisi yang lebih lembut, serta lampu belakang berbentuk boomerang yang lebih nipis diinspirasikan daripada Giugiaro 3200 GT.
 

Grecale


Ruang kabin Grecale ini memuatkan skrin kluster instrumen, diikuti skrin tengah berkembar di mana skrin atas bersaiz 12.3 inci dan skrin 8.8 inci 'comfort panel' di bahagian bawah yang membuang terus gugusan butang fungsi daripada papan pemuka SUV ini.

Skrin keempat pada papan pemuka Grecale ini boleh didapati pada unit jam digital (atau jam pintar?) yang pertama seumpamanya untuk sebuah Maserati dan boleh digunakan sebagai kompas atau meter G.

Sistem infotainmen Maserati Intelligent Asisstant berasaskan Android ini menyokong sambungan peranti pintar Apple CarPlay dan Android Auto secara nirwayar.

Sistem audio pula ditawarkan dengan dua pilihan daripada Sonus Faber, di mana pilihan yang paling mahal berkuasa 1,200W dan membawakan 21 unit pembesar suara, dan alunan bunyi tiga dimensi.
 

Grecale


Dari segi penawaran, Grecale 2023 boleh didapati dalam empat varian, termasuk edisi pelancaran PrimaSerie yang bakal ditawarkan dalam unit terhad.

Varian GT dan Modena menampilkan nadi empat silinder sebaris 2.0 liter turbo dengan bantuan hibrid ringan, dengan output kuasa 300 hp (330 hp untuk versi Modena).

Varian Trofeo merupakan trim yang paling berkuasa, di mana ia mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat dan kelajuan tertinggi 285 km/j, terima kasih kepada nadi 3.0 liter V6 berkeupayaan 530 hp.

Enjin ini turut menampilkan Maserati Twin Combustrion (MTC) yang terdapat pada MC20, serta ciri nyakaktif silinder yang membolehkan blok kanan enjin tersebut dinyahaktif sepenuhnya untuk penjimatan bahan api.
 

Grecale


Sistem brek varian Trofeo menggunakan khidmat angkup Brembo enam omboh di depan, dan empat omboh di bahagian belakang, dan khusus untuk varian ini, Maserati telah menambah sebuah lagi mod pemanduan Corsa yang mampu menajamkan lagi respon pendikit dan kelajuan penukaran gear, serta talaan khusus untuk kawalan cengkaman dan launch control.

Secara standard, varian Trofeo didatangkan dengan suspensi udara dengan ketinggian boleh laras dan enam mod pra-pelarasan termasuk mod off-road (naik 30 mm) atau mod parking (turun 30 mm).

Sistem suspensi udara ini ditawarkan secara pilihan kepada varian lain.
 

Folgore


Dalam masa yang sama, Maserati turut mendedahkan versi elektrik sepenuhnya Grecale Folgore (kilat dalam bahasa Itali) yang sedia untuk memasuki fasa produksi pada tahun depan.

SUV elektrik pertama Maserati ini akan menampilkan teknologi 400 Voltan namun masih lagi menggunakan platform berasaskan enjin pembakaran dalaman yang telah diubahsuai, dan bukannya pelantar khusus untuk EV.

Difahamkan, Grecale EV ini akan dilengkapi dengan pek bateri 105 kWh dengan keupayaan daya kilas setinggi 800 Nm, serta penawaran warna unik yang dicipta berdasarkan Northern Lights.
 

Maserati Grecale Folgore

Berita Berkenaan

Pelancaran
Grecale GT merupakan salah satu dari 3 versi Grecale yang ditawarkan oleh Maserati dimana versi GT…