Maserati Grecale GT rasmi di pasaran Malaysia - Enjn 2 liter mild hibrid turbo, harga dari RM598,000

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sebentar tadi Naza Italia baru sahaja selesai melancarkan satu lagi tambahan ke barisan SUV Maserati Grecale untuk pasaran Malaysia iaitu Maserati Grecale GT.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Grecale GT merupakan salah satu dari 3 versi Grecale yang ditawarkan oleh Maserati dimana versi GT dikuasakan oleh enjin 2.0 liter mild hibrid turbo yang menghasilkan 300 HP dan 450 Nm.

 

2

 

Pada tahun 2022, Grecale telah dilancarkan secara rasmi pada peringkat global, dimana ia merupakan segmen SUV baharu Maserati yang  menawarkan 3 pilihan enjin.

Dari segi reka bentuk luaran, Grecale merangkumi simbol visual baharu Maserati, yang membezakan setiap model baharu sejak MC20, dimana pada bahagian hadapan ia mempunyai gril yang rendah dan terletak cantik di tengah.

 

3

 

Di bahagian belakang, lampu belakang seakan bentuk bumerang diilhamkan oleh Giugiaro 3200 GT, serta ditambah dengan rekaan coupé pada kabin dan kemasanseperti kereta sport.

Rupa luaran Grecale GT dilengkapi dengan roda aloi 19 atau 20 inci, bampar mengikut warna badan, skirt sisi serta jeriji hadapan dan dwi ekzos yang  disadur krom.

 

4

 

Untuk versi Grecale GT, ia memilik saiz dimensi 4,846 mm panjang, 2,901 mm jarak roda, 1,670 mm tinggi dan  2,163 mm lebar, dimana ia dilengkapi dengan 535 liter ruang dalam bonet.

Pada bahagian dalaman, Grecale GT didatangkan dengan rekaan serba canggih dengan pelbagai teknologi, ruang kabin menampilkan sisipan papan pemuka kulit yang diinspirasikan oleh kulit Saffiano, digabungkan dengan sisipan berkilauan pada konsol tengah dan panel pintu.

 

5

 

Kemasan tersebut dihasilkan oleh pemprosesan laser luar biasa yang mentafsir semula dari perspektif ikonik Maserati iaitu Maglia Milano, ciri barang kemas dan pembuatan jam terbaik.

Untuk versi GT juga, ia ditawarkan dengan kulit premium berwarna warna coklat atau hitam tebal dengan jahitan kontras tersedia sebagai pilihan. Roda stereng juga dibalut dengan kulit dan lengkap bersama paddle shift aluminium.

 

6

 

Selaras dengan rekaan canggihnya, Grecale GT ditawarkan dengan skrin infotainment 12.3 inci, saiz tersebut juga merupakan yang paling pernah ditawarkan dalam model Maserati.

Maserati turut menawarkan pilihan skrin 8.8 inci untuk kawalan tambahan dan skrin untuk penumpang belakan, yang turut dilengkapi Sistem Multimedia Pembantu Pintar Maserati (MIA) dan Maserati Connect.

 

7

 

Sistem infotainment tersebut dipandankan dengan sistem bunyi Sonus Faber 3D yang dilengkapi dengan 21 pembesar suara di sekeliling bahagian dalam kereta.

Bagi memberikan pengalaman pemanduan dan pengendalian terbaik, Grecale GT akan ditawarkan dengan pilihan tambahan sistem Maserati Vehicle Dynamic Control Module (VDCM) baharu dan kawalan 360°.

 

8

 

Sistem tersebut memberikan kawalan kepada 4 mod pemanudan iaitu COMFORT, GT, SPORT dan OFF-ROAD yang membolehkan Grecale GT dipandu mengikut pelbagai keadaan.

Untuk pasaran Malaysia, Grecale GT ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Blu Intenso (metallic blue), Bianco Astro (metallic grey) dan Bianco (white solid).

 

9

 

Harga bagi Grecale GT bermula dari RM598,000 termasuk duti dan cukai tempatan, harga itu juga termasuk jaminan 3 tahun waranti standard dengan jarak gerak tanpa had.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Diposisikan di bawah Levante, Maserati Grecale 2023 bakal memberikan saingan secara terus kepada…