MASERATI MALAYSIA LANTIK COO BAHARU

oleh Firdaus Razani|
Naza Italia selaku pengedar tunggal Maserati di Malaysia baru sahaja mengumumkan pelantikan Azwan Yahaya selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu Maserati Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Azwan telah membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam industri automotif, dengan pengalaman dan portfolio beliau, ia melayakkannya untuk memegang jawatan ini.

Menambahkan kelayakannya yang mengagumkan, Azwan mempunyai kelulusan MBA dari University of Sunderland, UK, ia meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuannya dalam pengurusan perniagaan.

Beliau pernah berkhidmat di sebuah syarikat automobil Jerman yang terkenal, dalam pelbagai kapasiti kepimpinan, menunjukkan kecekapannya dalam pengurusan strategik dan kecemerlangan operasi.

Sebagai COO Maserati Malaysia, beliau akan memainkan peranan penting dalam mengemudi syarikat ke arah kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan.

Melaporkan terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif Naza Automotive Group, kepimpinan Azwan adalah penting dalam memacu visi dan objektif Maserati dalam pasaran Malaysia.

Acara sulung Azwan sebagai COO ialah Pelancaran GranTurismo yang diadakan pada 6 Mac 2024 lalu telah menandakan permulaan perkhidmatan beliau bersama Maserati Malaysia.