Masyarakat China 'lebih gemar' membahayakan nyawa pejalan kaki - MIT

oleh Mohamad Hanif|
Menurut satu kajian global yang dijalankan oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT), masyarakat China yang menggunakan kenderaan autonomi (swapandu) di China adalah lebih cenderung untuk mendatangkan risiko kepada pejalan kaki melebihi keselamatan para penumpang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kajian "Moral Machine" yang dijalankan oleh MIT Media Lab tersebut menggunakan platform online berbentuk permainan video pada tahun 2014 yang menentukan bagaimana kereta swapandu perlu memberikan keutamaan berdasarkan masalah klasik "trolley problem". 
 


Menurut Edmond Awad, penulis utama kajian tersebut, MIT menggunakan contoh "trolley problem" disebabkan ia merupakan contoh yang sangat bagus di dalam mengumpulkan pendapat orang ramai terhadap keutamaan yang perlu diberikan kepada pejalan kaki, termasuklah golongan tua, binatang peliharaan dan sebagainya. 

Eksperimen yang dijalankan tersebut berjaya mengutip 39.6 juta respon di dalam 10 bahasa dari 233 buah negara di seluruh dunia, dan analisis data tersebut telah diterbitkan oleh Nature, sebuah journal saintifik Britain. 

Berdasarkan kajian terhadap sembilan buah perbandingan yang dijalankan, terdapat beberapa penemuan yang boleh diambil iktibar seperti:
 

 

  • Tidak seperti China, masyarakat di Jepun mengutamakan nyawa pejalan kaki melebihi penumpang
  • Namun, kedua-dua masyarakat lebih gemar mengutamakan nyawa golongan berusia daripada golongan muda
  • Masyarakat Perancis, Greek dan Kanada lebih gemar kenderaan swapandu mengutamakan nyawa pemuda daripada golongan tua
  • Kelompok daripada Perancis, Israel dan UK lebih mengutamakan nyawa, berbanding masyarakat Jepun, China dan Korea Selatan
  • Para pengkaji menggelarkan trend respon ini sebagai clustering pattern, mencadangkan faktor geografi dan budaya memungkinkan sesetengah pengguna dari rantau yang sama mempunyai kecenderungan yang serupa. 
     

 


Apa yang boleh disimpulkan daripada kajian tersebut, keputusan untuk meletakkan prinsip etika dalam pembangunan AI kereta swapandu tidak seharusnya diletakkan di tangan jurutera atau pakar etika semata-mata, malah para pengguna juga seharusnya faham bagaimana AI di dalam sistem tersebut berfungsi. 


Sumber asal: South China Morning Post