Mat rempit Kedah sangkut tengah sawah dikejar polis

oleh Mohamad Hanif|
Cubaan sekumpulan penunggang motosikal melarikan diri daripada polis dengan meredah sawah berlumpur gagal apabila mereka dicekup dalam operasi samseng jalanan di Kampung Charuk Kudung, di sini pada petang semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Laporan Utusan menyebut, dalam operasi bermula pukul 6.30 petang itu, seramai 90 individu berusia antara 11 hingga 22 tahun dengan melibatkan 62 buah motosikal ditahan.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Arriz Sham Hamezah berkata, operasi dilakukan susulan aduan penduduk kampung tentang kehadiran sekumpulan remaja membuat bising dengan bunyi enjin kuat pada setiap petang.

“Selain itu kumpulan terbabit turut menjadikan jalan mini tar di hujung kampung sebagai tempat merempit sehingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan keselamatan penduduk,” katanya.

Menurut Arriz, sebanyak 102 saman dikeluarkan kepada pemilik dan penunggang yang ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan dilakukan adalah tidak mempunyai lesen, mengubah suai ekzos motosikal, nombor plat tidak mematuhi spesifikasi selain tiada insurans dan cermin sisi,” ujarnya.

Tambahnya, semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

Sumber: Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebelum itu, video klip memaparkan aksi mereka meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri…
Berita Domestik
Kesemua penunggang motosikal itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 3 pagi yang dijalankan…