Mat rempit sasaran Polis dalam Op Selamat ke-16!

oleh SALINA JALIL|
Polis akan melaksanakan operasi secara besar-besaran bagi menggempur aktiviti kumpulan mat rempit dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya sering menerima aduan orang ramai berhubung aktiviti tidak bermoral yang sering dilakukan kumpulan itu terutama pada larut malam.

“Sempena pelancaran Op Selamat ke-16 ini, saya ingin menyatakan bahawa kumpulan mat rempit juga menjadi sasaran kami dan tindakan tegas akan diambil sekiranya ditahan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Kebiasaannya mat rempit ini ada kaitan dengan masalah jenayah dan sosial. Disebabkan itu, kita harus mengambil tindakan bagi mengekangnya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 16/2020 sempena Tahun Baru Cina di Persada PLUS, Subang di sini, hari ini.

 

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias; Pengerusi PLUS, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif serta Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

 

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, polis sudah mengenal pasti lokasi kumpulan mat rempit berlumba dan akan mengatur strategi khusus untuk menggempur mereka.

 

“Kami tidak akan umumkan strategi ini bagi mengelakkan ia bocor tetapi saya boleh katakan bahawa akan ada tindakan yang drastik untuk membendung gejala ini tidak lama lagi,” katanya.

 

Ditanya sama ada kumpulan bermotosikal yang menjalankan konvoi ke sesuatu destinasi turut digolongkan sebagai mat rempit, Mazlan menjelaskan kebiasaannya konvoi dilakukan mendapat bantuan polis dan mengikut undang-undang.

 

“Manakala kumpulan mat rempit melakukan aktiviti secara haram dan melanggar undang-undang,” katanya.

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata lelaki terbabit mengambil bahagian dalam perarakan itu bersama beberapa penunggang…
Informasi
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu…
Informasi
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan sesetengah pihak yang menghalang orang…