Matchbox kini mula menjual diecast 'mesra alam', guna bahan kitar semula

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Hot Wheels, ramai di antara pengumpul tegar diecast turut mencari-cari model berjenama Matchbox namun sedikit hampa kerana tidak banyak outlet yang menawarkan produk-produk Matchbox.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Baru-baru ini, Matchbox telah memperkenalkan secara rasmi model diecast berskala Tesla Roadster yang diperbuat daripada 99 peratus bahan kitar semula, dan melalui proses produksi bebas karbon.

 


Menurut Matchbox, diecast Tesla Roadster itu terdiri daripada 62.1 peratus zink kitar semula, 36.9 peratus plastik kitar semula dan selebihnya daripada bahan keluli tahan karat yang tidak boleh dikitar semula.

Model berskala mesra alam ini akan mula dijual pada tahun 2022 dan hadir dalam pakej pembungkusan sifar plastik yang diperbuat daripada kertas dan gentian kayu.

 


Selain daripada itu, Matchbox juga akan melancarkan set diecast berdasarkan model elektrik dan hibrid seperti Nissan LEAF, Toyota Prius, BMW i3, serta BMW i8.

Tidak cukup dengan itu, Matchbox juga akan turut melancarkan dua set model stesen minyak dan garaj, di mana kedua-dua itu akan menampilkan stesen pengecasan EV bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran alam sekitar di kalangan kanak-kanak.

 


Mattel, syarikat induk Matchbox merancang untuk menggunakan 100 peratus bahan kitar semula dan bahan plastik bio di dalam setiap produk dan pembungkusan menjelang tahun 2030.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Satu perkara menarik, sejumlah model replika akan dibuat menggunakan zink yang dikitar semula…
Berita Global
Selalunya apabila kita singgah di kedai mainan seperti Toys R Us atau stesen minyak, antara mainan…