Mattel Malaysia sasar peningkatan pengeluaran 20 peratus menjelang 2025

oleh Penyumbang Rencana|
Sempena meraikan ulang tahun ke-40 hari ini, Mattel Malaysia Sdn Bhd (MMSB) telah mengumumkan pembesaran kilang mereka yang dijangka siap pada Januari 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebagai kilang pembuatan Hot Wheels terbesar di dunia, kilang itu mempunyai kapasiti pengeluaran purata semasa kira-kira 9.0 juta kereta mainan setiap minggu.

 Pelaburan strategik yang disasarkan ini adalah selaras dengan strategi Capital Light Mattel untuk meningkatkan kapasiti pembuatan, meningkatkan produktiviti, dan memanfaatkan keupayaan teknologi, sambil mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan operasi.

Pembesaran kilang itu dijangka akan menyokong pertumbuhan Hot Wheels dengan jangkaan peningkatan hingga 20% dalam kapasiti pengeluaran menjelang 2025.

 

mattel

 

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow berkata, “Kami berbangga kerana Mattel terus melabur di Pulau Pinang sebagai destinasi utama dalam rantaian bekalan globalnya."

"Ini adalah bukti kukuh tentang usaha dan komitmen negeri untuk membangunkan persekitaran yang mesra untuk pemain industri dan meletakkan negeri di barisan hadapan perindustrian.”

"Sepanjang tahun, Mattel telah berjaya membangunkan ekosistem yang berkembang maju untuk industri mainan di Zon Perdagangan Bebas Perai. Sungguh menggembirakan untuk melihat kesan positif yang dibawa oleh Mattel kepada syarikat tempatan.”

 

saga

 

Pengurus Besar MMSB, Ching Chiau Lee turut berkata, “Hari ini, kami meraikan dan mengesahkan semula kehadiran jangka panjang kami di Malaysia. Sepanjang 40 tahun lalu, kami telah berjaya membangunkan ekosistem yang berkembang maju untuk industri tempatan di Zon Perindustrian Bebas, Perai merentasi industri seperti pembungkusan, cat, bahan bekalan dan reka bentuk mesin.”

“MMSB memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan global operasi kami dengan menyediakan jejak strategik di rantau ini dan menyokong transformasi strategi untuk pertumbuhan sebagai syarikat mainan yang berprestasi tinggi dan dipacu IP. Masa depan kami terus menunjukkan kemajuan dalam sektor pembuatan Malaysia yang dipacu teknologi.”

 

saga

 

Selain itu, Presiden dan Ketua Pegawai Komersial Mattel, Steve Totzke, mengumumkan bahawa Hot Wheels akan bekerjasama dengan Proton, sebagai jenama automotif nasional untuk menghasilkan model skala 1:64 daripada model Proton Saga, model pertama yang dikeluarkan oleh Proton.

Model Hot Wheels baharu ini dijangka akan dijual ke seluruh dunia pada penghujung 2023. Pastinya ini merupakan suatu perkara menarik untuk penggemar dan pengumpul diecast.

Diharapkan kerjasama ini bukan sahaja dapat menghasilkan Proton Saga, malahan dapat menghasilkan model ikonik yang lain seperti Proton Putra, Proton Wira dan jentera-jentera istimewa seperti Proton seperti Satria GTI, Neo S2000, Neo R3 Lotus Racing, dan Iriz R5.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pihak Mattel selaku syarikat induk jenama diecast Hot Wheels telah mengumumkan kerjasama dengan…