Maut ketika cuba alih serpihan tayar lori di lebuhraya

oleh HEZERI SAMSURI|
Niat murni seorang lelaki yang mahu mengalihkan serpihan tayar lori di lebuhraya PLUS mengakibatkan beliau meninggal dunia setelah dirempuh sebuah lori 3 tan.

Lelaki berbangsa Melayu itu memberhentikan kenderaan beliau di lorong kecemasan dan turun untuk mengutip serpihan tayar-tayar lori yang berteraburan di laluan tengah KM452.2 lebuhraya PLUS hala selatan, sebelum simpang keluar ke Hospital Sungai Buluh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian yang berlaku pada jam 10.55 pagi itu mengakibatkan kesesakan jalanraya. Serpihan tayar itu berpunca dari sebuah lori rosak yang berhenti berhampiran lokasi tersebut.

Mangsa maut di tempat kejadian.

Pihak PLUS dikatakan sudah menerima aduan mengenai serpihan tayar pecah itu dan peronda PLUS dalam perjalanan untuk mengalihkan objek tersebut semasa kemalangan itu berlaku.

Careta yang berada di lokasi tersebut mengucapkan takziah kepada keluarga arwah. 

Careta juga ingin menegaskan sekiranya ternampak objek di lebuhraya, telefon pusat perkhidmatan PLUS di nombor 1800-88-0000.

* Gambar utama dari Facebook Nurhazman Ridzuan

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Akibat pergeseran itu, motosikal yang dinaiki mereka bertiga hilang kawalan dan terbabas,…
Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang…