Maverick Viñales tambah 2 tahun bersama Yamaha Factory Racing MotoGP Team

oleh Muhammad Md Tajudin|
Menjelang ujian pra musim MotoGP pada awal Februari, Yamaha mengumumkan Maverick Viñales telah menandatangani tambahan dua musim perlumbaan sehingga 2022 bersama Pasukan Yamaha Factory Racing MotoGP.

Maverick Viñales telah bersama Pasukan Yamaha Factory Racing MotoGP sejak 2017 dan menunjukkan tunggangan yang baik, bersemangat dan konsisten.  

Meskipun belum memenangi kejuaraan MotoGP, beliau yang menunggang Yamaha YZR-M1 berjaya membantu pasukan dalam menduduki tempat ketiga pada 2017, keempat pada 2018 dan ketiga pada 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Maverick Viñales dan Valentino Rossi pada musim 2019
Maverick Viñales dan Valentino Rossi pada musim 2019

 

Maverick Viñales yang merupakan juara Moto3 pada 2013 setakat ini telah menduduki 19 podium dan enam kemenangan. Beliau juga berjaya menduduki petak utama (pole) sebanyak sembilan kali sejak 2017.

Pasukan Yamaha Factory Racing MotoGP akan memulakan ujian pra musim pada 6 Februari depan di Sepang.

Yamaha memiliki pelumba berbakat dan prestasi 2019 membuktikannya. Fabio Quartararo dari Petronas Yamaha SRT berjaya menduduki tempat kedua sebanyak lima kali dan tempat ketiga sebanyak dua kali.

Ada ura-ura mengatakan Valentino Rossi berpindah ke Petronas Yamaha SRT namun tiada lagi berita konkrit untuk mengesahkannya. Beliau masih mempunyai kontrak bersama Yamaha sehingga penghujung musim 2020.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Sumber foto: Yamaha

Berita Berkenaan

MotorGP
Pelumba Perancis berusia 20-an itu dilaporkan menggantikan peranan Valentino Rossi namun tiada…