Mayat dalam kereta Bezza, ada arang berasap bersama

oleh Penyumbang Rencana|
Lelaki yang ditemukan mati dalam kereta diletakkan berhampiran tapak jualan car boot sale di Kota Damansara, di Petaling Jaya pada Ahad, disyaki bunuh diri susulan penemuan arang berasap dalam kenderaan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly, berkata lelaki tempatan berusia 40-an itu dipercayai meninggal dunia lebih lima hari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Jam 12.04 tengah hari, Balai Polis Kota Damansara menerima satu laporan berkenaan kematian seorang lelaki tempatan. Siasatan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah Perodua Bezza," katanya dalam kenyataan hari pada Isnin.

Menurutnya, setakat ini siasatan diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).

Penemuan mengejutkan itu dikongsikan oleh salah seorang peserta jualan berkenaan, menerusi platform X.

Turut ditemukan dalam kereta, satu nota dipercayai ditinggalkan mangsa yang meminta orang ramai menghubungi ahli keluarganya.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Berita lanjut menyusul.       Berita Harian
Berita Domestik
  "Pada malam itu, arwah ada minta izin daripada ibu dan ayah untuk menemui kawan sekerjanya di…
Berita Domestik
  "Siasatan di tempat kejadian telah menemui satu mayat disyaki lelaki yang telah tinggal rangka…