Mayat lelaki ditemukan dalam boot sebuah Honda City di Shah Alam

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Kehilangan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia terjawab selepas mayatnya ditemui di dalam boot sebuah Honda City yang ditinggalkan di tepi jalan di depan Taman Sri Orkid berhampiran Kampung Lombong, Shah Alam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Ramsay Embol berkata orang ramai menyedari bau busuk dari kereta itu kira-kira jam 3.25 petang Selasa semalam (4 Julai).

Menurutnya, bau itu datang dari sebuah kereta Honda City berwarna hitam yang ditinggalkan di situ kira-kira tiga hari lepas.

 

2

 

Supt Ramsay Embol berkata, "Mangsa telah dikenal pasti sebagai lelaki warga Indonesia berusia 47 tahun. Kereta itu didaftarkan atas namanya. Mayatnya telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,"

Siasatan membawa kepada penahanan tiga lelaki dan seorang wanita, semuanya warga Indonesia berusia 40-an, dimana semuanya akan direman sehingga Isnin (10 Julai).

“Kami menggesa mereka yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi pegawai penyiasat Asisten Supt Mohammad Khairi di talian 012-266 6025,”tambahnya.

 

Sumber: The Star