Mazda cipta lampu isyarat membelok ikut rentak degup jantung manusia

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat Mazda sudah pasti terbiasa dengan apa jua usaha yang dibuat oleh pengeluar itu dalam memastikan setiap produk kenderaan beroda empat mereka mampu bersatu dengan pemandu, seperti kuda dan penunggangnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, Mazda mendedahkan rekaan lampu isyarat membelok yang dikatakan mampu meniru rentak degup jantung manusia, di mana ia sebenarnya mengambil masa yang agak lama untuk dimuktamadkan.
 

cx30


Lampu isyarat membelok yang 'berdenyut' itu muncul buat kali pertama pada Mazda CX-30, dan merupakan cetusan idea oleh Atsushi Yoshida, ketua unit pembangunan lampu pengeluar tersebut.

Menurutnya, disebabkan sifat lampu membelok LED yang 'terlalu digital', beliau cuba untuk menjadikan ciri tersebut lebih bersifat manusia dengan menjadikannya berdenyut bak degupan jantung.

Malah, Yoshida juga turut mengkaji gelombang yang terbentuk oleh degupan jantung menerusi alat elektrokardiogram bagi memastikan ciptaannya itu menepati apa yang dikehendakinya.
 

cx-30


"Lampu isyarat membelok perlu menyampaikan niat pemandu dengan lebih berkesan dan menarik perhatian pemandu dan pejalan kaki.

"Saya berharap perasaan yang cuba disampaikan menerusi kelipan lampu isyarat ini mampu mengurangkan ketegangan pemandu, dan mencipta perasaan yang tenang dan selamat kepada pengguna jalan raya lain.

Nampak mudah, tapi sebenarnya sukar untuk direalisasikan pada mulanya.

Menurut Yoshida, beliau dan pasukannya mengambil masa kira-kira dua tahun untuk menyiapkan projek ini, sehingga satu tahap mereka terlepas tarikh akhir yang dijadualkan.
 

CX30


"Ia sepatutnya dipasang pada model Mazda3, namun hasrat itu terpaksa dibatalkan disebabkan lampu tersebut malap secara tidak sekata.

"Menerusi kerjasama dengan jurutera Mazda dan pembekal Stanley Electric Co. Ltd, kami berulang kali melaraskan nyalaan lampu isyarat dengan kenaikan 0.01 saat, sekaligus menyelesaikan masalah yang timbul dan memasangnya pada kereta.

Beliau berharap ciptaannya "Dimming Turn Signals" itu mampu menunjukkan kepada orang ramai terhadap perincian yang diletakkan oleh Mazda untuk setiap kenderaannya.

"Saya mahu membantu meningkatkan nilai rekaan Mazda menerusi aspek pencahayaan. Walaupun persaingan agak segit dengan kenderaan elektrik dan kereta swapandu, saya mahu melihat reka bentuk kereta yang menonjol berterusan tanpa kompromi.
 

mazda3

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Penggunaan lampu indikasi membelok khas ini sebenarnya digunakan sebagai satu cara untuk…
Berita Global
Sehinggakan akaun rasmi Twitter BMW Amerika Syarikat (@BMWUSA) membuat satu hantaran ringkas…
Gaya Hidup
Kami tidak mempunyai sebarang masalah dengan aktiviti menunggang basikal yang menyihatkan tubuh…