Mazda CX-3 Super Edgy 2021 untuk pasaran Jepun sahaja

oleh Mohamad Hanif|
SUV terkecil Mazda CX-3 mungkin sudah tidak lagi ditawarkan di pasaran tertentu, namun untuk pasaran Jepun ia kini mendapat kemaskini baharu yang dinamakan sebagai CX-3 Super Edgy.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model edisi khas Super Edgy (nama kau...) ini didatangkan dengan layangan warna dua tona dengan bahagian bumbung dan tiang dicat dengan warna hitam, diikuti dengan kemasan bahagian bawah berwarna hitam berkilat.

Terdapat empat warna yang boleh dipilih termasuklah warna baharu Platinum Quartz Metallic.
 

CX3


Untuk ruang kabin pula, Mazda menggunakan tema warna hitam dengan warna kontras putih yang boleh didapati pada papan pemuka, trim pintu, bolster dan bahagian belakang tempat duduk hadapan.

Sementara bahagian tengah dan permukaan tempat duduk serta kemasan corong pendingin hawa pula didatangkan warna aksen kuprum yang dikatakan mampu 'mencipta keanggunan dan tarikan seks', menurut kata Mazda.

Mazda CX-3 Super Edgy ini dijual pada harga bermula dari 2,491,500 yen (RM90,673).

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Selain daripada jenama automotif Jepun, mereka yang mahukan kelainan boleh mendapatkan SUV jenama…
Model Terbaharu
Varian 1.5L Plus dan 2.0L Plus baharu kini telah dipertingkatkan dengan penambahbaikan…
Berita Global
Tiada perubahan besar di mana Mazda menghadirkan sistem infotainment baharu dengan skrin bersaiz 8.…