Mazda CX-30 2024 diperkenal di Jepun, kemas kini untuk model yang sedia menawan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda CX-30 2024
Mazda CX-30 2024
Berkenan dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) tetapi mahu sesuatu yang berbeza daripada ribuan unit atas jalan raya?

Mazda CX-30 menawarkan sensasi tersendiri yang boleh dimiliki dari serendah RM128,109 dan dipasang di dalam negara sejak Mac lalu.

CX-30 mula dikeluarkan pada 2019 dan kini berada di pertengahan hayat kitaran produk.

Meskipun begitu, CX-30 kekal menawan dan kebiasaannya Mazda tidak membuat perubahan besar untuk model rupa baharu (facelift).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
MAZDA CX-30 2023 Malaysia
MAZDA CX-30 2023 buatan Kulim, Kedah

 

Terbaru Mazda memperkenal CX-30 2024 untuk pasaran Jepun dan bakal diedar pada penghujung Oktober.

Pelanggan di Jepun ditawarkan enjin e-SKYACTIV G 2.0 liter mild hybrid dan SKYACTIV-D
1.8 liter diesel dan pilihan pacuan dua roda atau empat roda.

Perubahan yang dibuat merangkumi perkakasan keselamatan, dalaman, warna Ceramic Metallic dan Zircon Sand Metallic dan pengenalan edisi istimewa Retro Sports Edition.

Keselamatan

Selain kawalan pencegahan tersalah tekan pedal (depan dan belakang) yang mengesan halangan seperti kereta dan dinding, sistem baharu turut mengesan pejalan kaki di depan.

Untuk CX-30 terpilih, fungsi Penggera Kelalaian akan memberi amaran melalui paparan pada skrin atau penggera apabila sistem mengesan pemandu hilang tumpuan.

Skrin lebih besar

 

MAZDA CX-30 2024 Jepun
MAZDA CX-30 2024 Jepun

 

Varian terpilih juga menerima skrin tengah lebih besar yang berukuran 10.25 inci berbanding 8.8 inci sebelum ini. 

Sambungan Apple CarPlay boleh dibuat tanpa wayar dan tambahan kepada sambungan Apple CarPlay/Android Auto berkabel sebelum ini.

Turut ditambah pengecasan tanpa wayar Qi dan slot USB Jenis-C.

Tambahan fungsi aplikasi

Satu cari yang bagus ialah apabila model dengan Mazda My Car Care dipecah atau dicuri, pengawal keselamatan dari syarikat keselamatan akan dihantar ke lokasi.

Mereka akan memeriksa dan mengawasi keadaan kereta dan sebahagian daripada Monitoring Plan berbayar.

 

MAZDA CX-30 2023
MAZDA CX-30 2023

 

Selain itu, pemilik boleh menetapkan kelajuan, masa dan kawasan pemanduan di dalam aplikasi MyMazda dan peringatan akan dihantar kepada aplikasi.

Aplikasi tersebut juga boleh diguna untuk fungsi Menghidupkan Enjin Kawalan Jauh (berbayar) dan boleh diguna untuk mematikan enjin.

CX-30 Retro Sports Edition

Model edisi istimewa ini diberi warna Zircon Sand Metallic dengan komponen lain seperti cermin sisi, rim dan sayap jeriji warna hitam.

 

MAZDA CX-30 Retro Sports Edition

 

Bahagian dalam menggunakan warna terracotta yang menghidupkan suasana retro dan hitam untuk gaya sporti.

Sulaman terracotta dibuat merata tempat dan bahan Leganu® seperti suede membaluti bahagian tengah kerusi dan panel meter.

CX-30 Black Tone Edition

Model ini dilengkapi pelbagai perkakasan seperti kerusi pemandu dengan sepuluh larasan berkuasa dan ingatan posisi pemanduan dan cermin pandang belakang auto malap.

Turut dilengkapi kerusi depan dan stereng dengan fungsi pemanas dan lampu ruang belakang LED.

Sistem audio pula terdiri daripada set BOSE dengan teknologi AudioPilot 2 dan Centerpoint 2 dan disalurkan melalui 12 pembesar suara.

 

MAZDA CX-30 2023 Malaysia
MAZDA CX-30 2023 Malaysia

 

Harga

Model terbaru ini ditawarkan pada harga yang lebih tinggi susulan kenaikan harga bahan mentah dan kos logistik.

Sebagai contoh varian permulaan CX-30 20S 2WD dinaikkan kepada 2,556,400 yen (RM80,917) daripada 2,458,500 yen (RM77,827).

CX-30 XD Retro Sports Edition 4WD yang baru diperkenalkan dan varian paling premium dijual pada harga 3,678,400 yen (RM116,446).

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Foto: Mazda

MAZDA CX-30 2024 Jepun