Memperkenalkan, Mazda CX-5 2.5L T AWD.
Dari segi kelengkapan Mazda CX-5 2.5L Turbo tidak membawakan sebarang perbezaan ketara selain daripada ciri standard lampu nyalaan siang LED, tempat duduk balutan kulit boleh laras dengan 10 tetapan, serta skrin instrumen 7 inci.
Bagi melindungi pemandu dan penumpang, SUV turbo ini dilengkapi dengan ciri enam beg udara, Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), Kawalan Cengkaman (TCS), Lampu Berhenti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Mendaki (HLA), Auto Hold serta cagak ISOFIX dengan Top Tethers.
Sistem keselamatan aktif pula merangkumi lampu utama LED adaptif, Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Sistem Amaran Keluar Laluan (LDWS), Sistem Bantuan Kekal Laluan (LAS), Amaran Tumpuan Pemandu (DAA) dan Bantuan Brek Bandar Pintar (SCBS).
Lapan warna ditawarkan sebagai pilihan termasuklah Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Sonic Silver, Meteor Gray, Jet Black dan Arctic White.
Harga jualan rasmi untuk setiap varian Mazda CX-5 adalah seperti berikut:
2.0 Skyactiv-G GL 2WD — RM 137,379.20
2.0 Skyactiv-G GLS 2WD — RM 154,739.20
2.5 Skyactiv-G GLS 2WD — RM 167.770.40
2.2 Skyactiv-D GLS 2WD — RM 172,532.80
2.5 Turbo Skyactiv-G GLS AWD — RM 181,770.40