Mazda CX-5 2.5L Turbo sudah boleh ditempah!

oleh Mohamad Hanif|
Bermaz Motor Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif kenderaa jenama Mazda di Malaysia hari ini mengumumkan varian baharu bagi SUV CX-5 yang akan dijual di pasaran tempatan tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mazda CX-5 baharu ini bakal dilengkapi dengan enjin Skyactiv-G 2.5 liter dengan sistem induksi paksaan turbo mampu menjana 250 kuasa kuda dan 420 Nm daya kilas. 
 


Kuasa yang terhasil disalurkan kepada sistem pacuan semua roda (AWD) menerusi transmisi automatik Skyactiv-Drive enam nisbah kelajuan. 

Mazda CX-5 2019 serba baharu ini akan hadir dengan pelbagai teknologi pemanduan terkini Mazda, seperti G-Vectoring Control Plus yang tersedia pada model-model terkini Mazda. 
 


Bagi mereka yang mahu melihat dengan lebih dekat, Mazda CX-5 2.5T ini akan dipamerkan di Sunway Pyramid Shopping Mall bermula 4 September sehingga 9 September 2019. 

Spesifikasi dan harga jualan bakal diumumkan dalam masa terdekat, namun bagi mereka yang berminat terhadap SUV ini boleh mendaftarkan minat kepada Mazda Malaysia. 
 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
Enjin yang dimaksudkan adalah enjin empat silinder sebaris 2.5 liter turbo Skyactiv-G yang pernah…
Berita Domestik
Terdiri daripada lima varian dan empat pilihan enjin, Mazda CX-5 2019 kini sudah mula boleh…