Mazda CX-5 JDM terima enjin baharu Skyactiv-G 2.5 liter turbo - 230 PS/420 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Mazda Jepun telah mengumumkan kemaskini penawaran barisan crossover CX-5 dengan pilihan enjin baharu daripada keluarga SkyActiv-G berkuasa turbo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin turbo 2.5 liter empat silinder sebaris itu merupakan pendatang baharu yang menyertai keluarga Skyactiv-G dengan kuasa setinggi 230 PS dan daya kilas 420 Nm yang masuk penuh seawal 2,000 rpm. 

Dari segi penggunaan bahan api pula, Mazda CX-5 dengan enjin baharu ini mampu mencatatkan bacaan serendah 7.9 km/100 km mengikut kiraan baharu daripada Worldwide Harmonised Light Vehicle Test Procedure (WLTP). 
 


Enjin ini kemudiannya dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan dengan pilihan pacuan semua roda ataupun pacuan roda hadapan sahaja, manakala transmisi manual enam kelajuan pula dikhususkan kepada varian turbodiesel 2.2 liter (172 PS/420 Nm). 

Crossover ini turut sama menerima ciri G-Vectoring Control (GVC) yang memberikan lebih kestabilan dan kejituan pengendalian serta dan lebih keselesaan ketika pemanduan seharian. 


 


Mazda turut memberikan kemaskini kepada CX-5 seperti penambahan ciri Smart City Braking Support (SCBS), sistem kamera visual keliling, sistem infotainmen dengan ciri sambungan Apple Carplay dan Android Auto, serta sistem bunyi keliling enam buah speaker. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun untuk makluman ia masih lagi belum dilancarkan secara rasmi di tanah tumpahnya minyak hitam…
Berita Global
Ia adalah berpunca daripada masalah ketidaktentuan bekalan komponen yang diakibatkan oleh pandemik…
Berita Global
Bermula dengan trenkuasa hibrid, kesemua bentuk badan Corolla (sedan, wagon, hatchback) boleh…