Mazda CX-5 nyaris hanyut di Pantai Temalah

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari PDRM
Dua lelaki bersama seorang wanita berdepan detik cemas apabila kenderaan utiliti sukan, Mazda CX5 yang dinaiki nyaris hanyut di Pantai Temalah, Kuala Sedili Besar, di Kota Tinggi, pada Rabu.


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihkanya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 9 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota dan orang kampung ke lokasi bagi memberi bantuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa berusia 17 hingga 38 tahun menetap di Puteri Wangsa, Ulu Tiram dan telah sampai ke lokasi pada pukul 2 pagi.

 

“Pemandu bertindak parkir kereta kira-kira 100 meter dari arah laut semasa air surut.

 

“Kesemua mangsa bertindak keluar dari kenderaan untuk merakam gambar serta video,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

 

Jelasnya, mangsa kembali semula ke kereta pada pukul 4 pagi dan mendapati kenderaan telah dimasuki air akibat air pasang.

 

Malah, cubaan membawa keluar kereta gagal apabila tayar kereta telah terbenam ke dalam pasir.

 

“Kesemua mangsa hadir ke Balai Polis Kuala Sedili bagi membuat laporan polis selepas usaha menarik keluar kereta dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda tidak berhasil,” ujarnya.

 

Hussin berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan menasihatkan orang awam menangguhkan sebarang aktiviti di kawasan laut kerana cuaca monsun timur laut sukar diramal.

 

Video di bawah:

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mazda CX-5 facelift ini telah pun dinampakkan di Malaysia pada November lalu, dan menurut beberapa…
Berita Global
Baru-baru ini, hantaran seorang pengguna Facebook dari Thailand telah menunjukkan salah satu contoh…
Berita Domestik
Tan Min Chun, 32, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong, di sini pada…