Mazda CX-80 disahkan bakal muncul menjelang akhir tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pelancaran model-model baharu yang dimulakan dengan CX-50, CX-60 dan CX-90, Mazda akan melengkapkan keluarga SUV CX dengan pengenalan dua model baharu iaitu CX-70 (versi dua baris tempat duduk CX-90) dan CX-80.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut bos Mazda Eropah, Martijn ten Brink memberitahu laman Automotive News Europe, Mazda bakal melancarkan sebuah lagi model SUV tiga baris tempat duduk CX-80 yang dijadualkan menjelang akhir tahun ini.

Biarpun tidak mendedahkan sebarang butiran terperinci, dapat diandaikan CX-80 merupakan SUV CX-60 versi tiga baris tempat duduk dengan dimensi yang jauh lebih besar, selain menggunakan platform pacuan roda belakang sedia ada.

Tambahnya lagi, model baharu itu tidak akan dijual secara eksklusif di Eropah, akan tetapi akan turut dilancarkan di pasaran Jepun serta beberapa negara lain.
 

CX-3


Dalam temubual yang sama, Martijn ten Brink mengesahkan mereka telah menghentikan penawaran model CX-3 di pasaran Eropah dan menjangkakan CX-5 akan terus kekal menjadi model yang paling laris terjual sepanjang tahun 2023.

Ketika ditanya berhubung penawaran trenkuasa penambah jarak enjin rotari pada model-model selain MX-30, Martijn tidak menolak kemungkinan tersebut.

Ujarnya, model Mazda3, CX-30 dan MX-30 dibangun menggunakan platform yang sama di mana model tersebut mampu untuk menampung tetapan trenkuasa plug-in yang tidak konvensional itu.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Apabila ditanya mengenai generasi baharu model tersebut, pengurus program bagi model Mazda CX-5,…
Berita Global
Tidak seperti model CX-50 yang lebih bersifat ranggi, Mazda CX-60 pula menerapkan konsep minimalis…
Berita Global
Presiden dan CEO Mazda Amerika Utara, Jeff Guyton menyifatkan detik bersejarah ini sebagai satu…