Mazda CX-90 2024 - SUV hibrid dengan 3 baris tempat duduk, enjin inline 6 dengan 340 HP

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Beberapa bulan lepas, Mazda telah mengacah imej dan perincian CX-90 dengan beberapa ciri baharu, penantian imej sebenar telah pun berakhir apabila Mazda telah mendedahkan rupa dan spesifikasi penuh untuk CX-90 2024.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Setelah debut pada model CX-60 pada tahun lepas, enjin 3.3 liter 6 silinder sebaris turbo itu kini turut ditawarkan untuk CX-90 sebagai varian tertinggi, menghasilkan 340 HP dan 500 Nm.

 

2

 

Turut membantu menghasilkan kuasa tersebut, Mazda meletakkan satu motor elektrik kecil diantara enjin dan transmisi sebagai tetapan mild hibrid.

Walaupun Mazda tidak mendedahkan angka kuasa untuk motor elektrik itu, ianya mampu menggerakkan SUV tersebut tanpa bantuan enjin pada kelajuan rendah.

 

3

 

Selain varian hibrid dengan enjin 6 silinder sebaris itu, Mazda turut menawarkan varian dengan trenkuasa PHEV e-Skyactiv dimana ia dikuasakan enjin 2.5 liter 4 silinder yang dipadankan dengan motor elektrik, menghasilkan 323 HP dan 500 Nm.

Motor elektrik pada varian PHEV itu dikuasakan oleh pek bateri berkapasiti 17.8 kWj untuk memberikan jarak gerak tambahan pada SUV tersebut.

 

4

 

Kedua-dua varian menerima transmisi automatik 8 kelajuan bersama sistem pacuan semua roda (AWD) yang akan didatangkan standard.

Satu ciri menarik yang ditambahkan pada CX-90 ialah sistem Kinematic Posture Control, dimana fungsi tersebut pertama kali diperkenalkan pada Mazda Miata 2022.

 

5

 

Sistem tersebut menggunakan sedikit tekanan brek pada bahagian dalam roda semasa selekoh, dan menurut Mazda, ia membantu menekan olengan badan sambil memberikan rasa linear pada stereng CX-90.

Pada bahagian dalam, antara ciri istimewa CX-90 tentu sekali dengan ruang yang menempatkan 3 baris tempat duduk, skrin infotainment bersaiz 12.3 inci pula diletakkan di bahagian tengah papan pemuka.

 

6

 

Skrin infotainment tersebut dilengkapi dengan pelbagai kawalan sentuhan untuk mengendalikan ciri kegunaan biasa seperti tempat duduk dan kawalan iklim.

Mazda juga menawarkan pilihan untuk ciri seperti penghawa dingin baris ketiga dan port pengecasan USB-C tersedia, lain-lain tambahan akan diumumkan kelak.

 

7

 

Kebanyakan bahan yang digunakan pada kemasan dalaman CX-90 diperbuat dari kulit Nappa, kayu dan krom, bahagian papan pemuka pula dibaluti fabrik istimewa dengan jahitan tradisional Jepun.

CX-90 juga akan ditawarkan dengan pelbagai pakej trim bersama pilihan roda bersaiz 21 inci, ia juga tampil dengan warna Artisan Red yang baharu.

 

8

 

Selain  itu, ciri bantuan pemandu iaitu Mazda i-Activsense juga akan ditawarkan, sesetengah sistem seperti kawalan pelayaran aktif, brek dinamik dan pemantauan titik buta akan didatangkan standard.

Mazda CX-90 itu bakal menggantikan CX-9 untuk pasaran US, harga dan maklumat lanjut bagi model tersebut juga akan diumumkan kelak.

 

Sumber: motor1.com

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara asasnya, CX-70 merupakan versi SUV dua baris tempat duduk sebagai alternatif kepada…
Berita Global
Menurut laporan terbaharu, Mazda USA mengumumkan mereka akan menamatkan penjualan bagi model CX-9…
Berita Global
Menurut bos Mazda Eropah, Martijn ten Brink memberitahu laman Automotive News Europe, Mazda bakal…