Mazda daftar paten logo R - kemunculan semula model rotari?

oleh Mohamad Hanif|
Satu perkembangan terbaharu datangnya dari Jepun, di mana pengeluar yang sinonim dengan imej Zoom-zoom itu kini mendaftarkan tanda dagang logo R yang sangat menarik perhatian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut perkongsian yang dibuat oleh ahli forum New Nissan Z, Mazda baru-baru ini telah menghantar permohonan pendaftaran paten di Jepun untuk logo R dengan rekaan yang agresif, memberikan bayangan Mazda bakal hadir dengan produk pantas serba baharu pada masa akan datang.

Logo R tersebut turut menampilkan bentuk segitiga berwarna merah, dan terdapat kemungkinan besar logo tersebut melambangkan enjin rotari Wankel yang bakal membuat kemunculan semula berdasarkan beberapa laporan terdahulu.

 

rotari


Sebelum ini, media melaporkan enjin rotari akan membuat kemunculan semula namun ia hanya bertindak sebagai unit penambah jarak pada model EV disebabkan kelebihan saiznya yang cukup kompak.

Namun begitu, kita juga tidak dapat menolak kemungkinan Mazda bakal membawakan model pengganti baharu bernadikan rotari setelah sekian lama enjin tersebut 'terkubur' menerusi model terakhirnya Mazda RX-8.

 

RX7


Sebagai makluman, sebelum ini model kereta sports Mazda RX-7 pernah dilancarkan dalam versi Spirit R yang merupakan model edisi terhad terakhir yang dihasilkan sebanyak 1,500 unit sebelum produksi RX-7 (FD) ditamatkan.

Baca: Sejarah tiga generasi Mazda RX-7

Buat masa ini, ia hanyalah sekadar spekulasi, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Mazda menerusi logo baharu R ini.

Sumber: Forum New Nissan Z

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…