Mazda henti jual MX-30 di Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Selepas tempoh dua tahun, Mazda Amerika Syarikat akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan penjualan bagi model EV Mazda MX-30 selepas tahun 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, SUV elektrik kecil itu akan terus dijual di pasaran Eropah dan Jepun.

Menurut laporan Car and Driver, punca sebenar kegagalan SUV tersebut di sana ialah spesifikasi yang tidak begitu memberangsangkan, di mana Mazda MX-30 hanya mampu mencapai jarak gerak sejauh 160 km sahaja (data EPA).

Selain daripada itu, model SUV elektrik tersebut hanya dijual secara eksklusif di California, dan ia turut menyumbang kepada angka jualan yang sanga rendah.
 

mx30


Sepanjang tahun 2021, Mazda telah menjual 181 unit MX-30, diikuti 324 unit telah terjual pada tahun 2022.

Untuk tempoh Januari hingga Jun tahun ini, hanya 66 unit sahaja Mazda MX-30 telah diserahkan kepada pemilik masing-masing.

Menurut Mazda lagi, strategi mereka di Amerika Syarikat adalah untuk memfokuskan kepada model plug-in hybrid (PHEV), seperti contoh CX-90 PHEV yang telah dilancarkan pada awal tahun ini dan diikuti dengan model CX-70 yang bakal tiba tahun hadapan.
 

Revb


Awal tahun yang lalu, Mazda telah pun memperkenalkan varian penambah jarak yang dinamakan sebagai Mazda MX-30 R-EV, di mana ia menampilkan pek bateri 17.8 kWh (jarak sifar emisi 85 km) yang digandingkan dengan enjin rotari 803 cc.

Secara keseluruhan, Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV berupaya bergerak sehingga 600 km yang dibantu dengan tangki bahan api sebesar 50 liter.

Baca: Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV

Sumber: Car and Driver

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti yang dijangkakan para peminat, kemunculan semula enjin rotary bukan lah sebagai nadi…
Berita Global
Buat para peminat nadi Wankel, ini merupakan satu berita gembira di mana Mazda bakal melancarkan…
Pelancaran
Mazda MX-30 merupakan kenderaan elektrik bateri (BEV) yang dibangunkan untuk pelanggan yang mahukan…