Mazda Jepun tawar modifikasi mesra OKU pada model MX-5 Miata

oleh Mohamad Hanif|
Di Jepun, rata-rata model kei-car ada varian yang dicipta khas untuk orang kurang upaya (OKU), dan Mazda nampaknya hadir dengan satu penawaran menarik - model MX-5 varian mesra OKU!
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Boleh didapati dalam versi bumbung targa atau bumbung fabrik standard, varian mesra OKU Mazda MX-5 Miata ini menampilkan beberapa ciri khas, seperti tombol kawalan pemanduan di bahagian konsol tengah bagi menggantikan pedal pendikit dan brek.
 

mx5


Ia berfungsi dengan cara menarik ke belakang untuk tujuan pecutan dan menolak kembali ke depan untuk memberhentikan kereta.

Selain itu, terdapat juga tombol berputar yang dipasang pada roda stereng membolehkan kawalan satu tangan dibuat dengan mudah.
 

5


Pemilik boleh menyimpan kerusi roda mereka pada bahagian tempat duduk penumpang yang turut didatangkan dengan kain pelindung khas.

Varian MX-5 ini hanya ditawarkan secara eksklusif dengan padanan transmisi automatik enam nisbah kelajuan sahaja.

Kos modifikasi kelengkapan mesra OKU ini bermula dari ¥339,400 (RM10,882.77) untuk model Roadster dan ¥365,900 (RM11,732) untuk model Roadster RF, tidak termasuk kos sebuah Mazda MX-5.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagai contoh bahagian bawah bampar lebih rendah, rim baharu dan penawaran kulit merah baharu.…
Berita Domestik
Pengedar rasmi jenama Mazda dan Kia di Malaysia itu yakin bahawa akan ada peningkatan dari segi…
Informasi
Atenza (Mazda 6), dan Axela (Mazda 3) sudah ditamatkan pengeluaran di Jepun sejak 2018 dan 2019,…