Mazda MX-5 buat perjalanan seribu batu guna bahan api bebas fosil

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah Mazda MX-5 yang standard tanpa sebarang modifikasi telah berjaya menghabiskan perjalanan sejauh seribu batu (1,609 km) mengelilingi United Kingdom dan diuji atas litar lumba dengan menggunakan bahan api mampan yang bebas fosil.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bahan api yang dimaksudkan itu merupakan SUSTAIN 100 Percent yang dihasilkan oleh Coryton daripada sisa-sisa pertanian.
 

mx-5


Perjalanan MX-5 menerusi England, Wales, Nouthern Ireland dan Scotland itu turut dipantau sendiri oleh Mazda, dan mereka membuktikan tiada sebarang perbezaan prestasi antara bahan api SUSTAIN 100 Percent jika dibandingkan dengan petrol standard.

Secara purata, Mazda MX-5 mencatatkan bacaan penggunaan bahan api 6.19 liter untuk setiap 100 km.

Selain daripada melalui jalan biasa, Mazda MX-5 itu turut dibawa memasuki beberapa buah litar lumba di Anglesey, Oulton Park, Knockhill dan juga Kirkistown.
 

MX5


Penggunaan bahan api mampan merupakan sebahagian daripada langkah yang diambil oleh Mazda dalam usaha untuk mencapai neutral karbon.

Tidak seperti pengeluar lain, Mazda masih lagi yakin enjin pembakaran dalaman masih lagi mempunyai peranan dan fungsi pada masa hadapan.

Mereka turut merancang untuk membina lebih banyak kenderaan elektrik hibrid menjelang tahun 2030, dan menjangkakan permintaan terhadap bahan api yang lestari itu akan meningkat.
 

mx5


Menurut David Richardson selaku pengarah Coryton berkata, "kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Mazda UK untuk projek ini, yang mana ia menggandingkan sebuah kereta yang hebat dengan bahan api yang mampan.

Jelasnya lagi, "bahan api mampan kini sedia untuk digunakan oleh kereta jalanan dengan enjin pembakaran dalaman. Produk dan teknologi sudah tersedia - industri hanya memerlukan sokongan untuk membantu meningkatkan operasi mereka.

Pengarah Urusan Mazda Motors UK, Jeremy Thomson menambah, "ini merupakan satu pertunjukan yang cemerlang tentang bagaimana bahan api mampan mampu memainkan peranan penting dalam mengurangkan emisi CO2 automotif sekiranya ia tersedia dengan meluas.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Mazda North American Operations (MNAO) mengumumkan kelengkapan dan harga MX-5 Miata…
Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
Ia membawakan bentuk badan roadster yang dilengkapi dengan enjin tiga silinder sebaris 659 cc, dan…