Mazda MX-5 Miata 2024 Amerika Syarikat, kelengkapan dipertingkat, daripada RM137 ribu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda MX-5 Miata 2024
Mazda MX-5 Miata 2024
Memandu kereta berprestasi tidak sama dengan kereta keluarga yang mempunyai ciri-ciri berpretasi.

Kereta keluarga sebegitu perlu menyeimbangkan di antara kebolehgunaan dan prestasi.

Kereta berprestasi pula tidak selesa untuk membawa keluarga, ruang dalaman terhad, bumbung rendah, suspensi keras dan tidak mempunyai but luas.

Pengguna yang tidak mahukan tolak ansur di antara keduanya perlu memilih salah satu sebagai contoh Mazda MX-5 Miata.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mazda MX-5 Miata 2024

 

Terbaru Mazda North American Operations (MNAO) mengumumkan kelengkapan dan harga MX-5 Miata 2024 yang dipertingkatkan.

Seperti biasa, MX-5 Miata digerakkan enjin Skyactiv-G 2.0 liter yang menghasilkan 181 kuasa kuda (hp) pada 7,000 rpm dan tork 205Nm pada 4,000 rpm.

Enjin itu dipadan bersama kotak gear manual enam kelajuan dan khusus untuk MX-5 Miata Sport dan Club.

Pelanggan MX-5 Miata Grand Touring diberi pilihan manual atau automatik enam kelajuan tukaran cepat dengan pedal gear pada stereng.

 

Mazda MX-5 Miata 2024

 

Sistem Kinematic Posture Control (KPC) juga kekal dengan memberi keyakinan kepada pemandu untuk melalui selekoh.

Secara ringkas, KPC mengaktifkan sedikit daya brek pada roda sebelah dalam ketika melalui selekoh pada tahap G yang tinggi.

Pembrekan itu menyekat atau menahan olengan badan dan menjadikan tindak balas stereng rasa lebih linear.

Daya brek yang sedikit lebih kuat diaktifkan semasa memecut di dalam selekoh dan meningkatkan lagi kesan gelinciran terhad.

 

Mazda MX-5 Miata 2024

 

Di antara ciri baharu pada MX-5 Miata 2024 ialah sistem stereng kuasa bantuan elekrik (EPAS) yang dipertingkatkan dan rak stereng baharu.

Bahagian dalam rak diteliti semula dan geseran dikurangkan manakala EPAS ditentukur menggunakan perisian baharu.

Hasilnya, operasi stereng menjadi lebih lancar, rasa 'on-center' lebih baik ketika pemanduan biasa di lebuh raya dan lebih jitu semasa pemandu asyik melayan selekoh.

Bahagian luar turut diubah dengan lampu nyalaan siang LED disatukan di dalam lampu utama, lampu belakang LED dan rim baharu.

 

Mazda MX-5 Miata 2024

 

Pelanggan boleh memilih warna baharu  Aero Gray dan tambahan kepada Zircon Sand Metallic yang diperkenal pada 2023.

Pada bahagian dalam, konsol tengah lebih selesa dengan pelapik tambahan. Gugusan meter diringkaskan dengan grafik lebih terang untuk mudah dibaca sekali pandang.

Kesemua varian MX-5 dilengkapi paparan maklumat hibur 8.8 inci dan lebih besar berbanding sebelumnya.

MX-5 2024 lebih canggih dengan sistem Alexa yang membolehkan arahan bebas tangan untuk penyaman udara, radio dan pelbagai lagi.

 

Mazda MX-5 Miata 2024

 

Varian dan ciri-ciri Mazda MX-5 Miata 2024:

MX-5 Miata Sport

  • Hanya ditawarkan dalam bumbung kanvas hitam
  • Dua beg udara, beg udara sisi
  • i-Activsense: Pengawasan Titik Buta dengan Peringatan Lintasan Trafik Belakang, Bantuan Brek Pintar dan Amaran Tersasar Lorong
  • Tombol gear dan brek tangan dan balutan kulit, kerusi balutan fabrik
  • Enam pembesar suara, dua slot USB
  • Sistem kemasukan tanpa kunci Mazda Advanced
  • Rim aloi 16 inci warna hitam metalik
  • Bumbung kanvas: AS$28,985 (RM137,167) 

MX-5 Miata Club

  • Perkakasan dalam balutan kulit-vinil
  • Sambungan tanpa wayar Apple CarPlay
  • Sistem audio premium Bose dengan sembilan pembesar suara, subwufer, pembesar suara pada penyandar kepala kerusi
  • Penyerap hentak Bilstein
  • Pendakap topang penyerap hentak depan
  • LSD Asymmetric baharu
  • DSC-Track baharu di dalam program Kawalan Penstabilan Dinamik - meningkatkan tahap sistem DSC dengan pengaktifan penuh atau nyahaktif penuh
  • Panel udara (air dam) depan hitam kilat, spoiler bibir belakang
  • Antena sirip ikan yu pada but
  • Rim 17 inci warna hitam kilat
  • Bumbung kanvas: AS$32,485 (RM153,740)
  • RF: AS$40,210 (RM190,287)

MX-Miata dengan Pakej Brembo BBS Recaro

  • Perkakasan asas untuk MX-5 Miata RF Club
  • Ditawarkan untuk MX-5 Miata Club bumbung kanvas
  • Brek depan Brembo dengan angkup warna merah
  • Rim tempa BBS 17 inci warna Dark Gunmetal
  • Kerusi Recaro dengan fungsi pemanas
  • Kit badan aero dengan skirt sisi hitam kilat dan skirt bampar belakang
  • Brembo/BBS/Recaro Package: AS$4,800 (RM22,715)

MX-5 Miata Grand Touring

  • Tambahan kepada  MX-5 Miata Club
  • Ditawarkan dalam versi bumbung kanvas hitam atau RF
  • Tambahan fungsi keselamatan seperti Sistem Lampu Depan Suai, Kawalan Lampu Tinggi dan Pengecaman Isyarat Jalan Raya
  • Panel udara depan dan spoiler bibir belakang warna hitam
  • Rim warna kemasan mesin
  • Cermin pandang belakang automatik malap, tanpa bingkai, HomeLink
  • Cermin sisi warna badan dengan fungsi pemanas
  • Pelapik ambang pintu
  • Lampu depan automatik
  • Pengelap cermin dengan pengesan hujan
  • Kerusi dengan fungsi pemanas
  • Pilihan kerusi kulit balutan Nappa perang
  • Riasan dalaman warna perak
  • Sistem Navigasi Mazda
  • Kawalan Suhu Automatik
  • Bumbung kanvas 6MT: AS$34,285 (RM162,248) 
  • RF 6MT: AS$37,010 (RM175,146) (6MT)
  • Bumbung kanvas 6AT: AS$35,205 (RM166,608)
  • RF 6AT: AS$37,980 (RM179,738)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mazda MX-5 Miata 2024