Mazda MX-5 RF dikemaskini - harga bermula dari RM259 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Untuk menjadikan model sports Mazda MX-5 RF lebih malar segar setelah dua tahun berada di pasaran, Mazda telah menghadirkan kemaskini spesifikasi terhadap model tersebut untuk tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Unit import sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu kini dilengkapi dengan unit audio MAZDA CONNECT yang hadir dengan ciri sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto sebagai standard. 

 


Dengan ciri ini, para pengguna boleh menggunakan aplikasi yang mereka gemari seperti Waze, Google Maps, Spotify dan beberapa fungsi peranti pintar menerusi sistem ini. 

Manakala ciri kemaskini lain yang turut disertakan pada Mazda MX-5 ialah rim hitam metalik bersaiz 17 inci (model lama dengan kemasan gunmetal grey), dengan tujuh warna pilihan seperti Soul Red Crystal, Machine Gray, Jet Black, Snowflake White Peal, Eternal Blue, Ceramic Metallic dan Arctic White. 
 


Di ruang enjin pula, nadi 2.0 liter Skyactiv-G kini telah ditala semula untuk respons dan prestasi yang lebih baik, disamping memberikan perasaan pemanduan yang lebih dekat dengan pemandu. 

Dengan peningkatan sebanyak 17 peratus, Mazda MX-5 kini mampu menghamburkan 181 hp dan 205 Nm @ 4,000 rpm. 

Ini menjadikan Mazda MX-5 lebih pantas, lebih responsif dan lebih seronok untuk dipandu - menepati falsafah kejuruteraan yang unik Jinba Ittai. 
 


Harga jualan pula adalah seperti berikut: 

  • Mazda MX-5 2.0L M/T - RM259,154.00
  • Mazda MX-5 2.0L A/T - RM260,354.00

Setiap pembelian kereta Mazda yang didaftarkan bermula 1 Januari 2019 tertakluk kepada jaminan pengeluar selama lima tahun/100,000 km* dan servis penyelenggaraan lima tahun percuma/100,000 km* (termasuk kos buruh, alat ganti dan pelincir). 

*yang mana terdahulu